Daging Masak Kicap Pedas

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Jitra

Resepi daging yang selalu menjadi pilihan.

Simple jer cuma perlukan sedikit kesabaran semasa memasak untuk kemenjadiannya.

Anak-anak akak suka sangat kalau masak daging ni, bukan setakat makan dengan nasi putih ja tapi dengan segala makneka benda depa cicah, roti, ketupat, lemang dll.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Perap
  2. 1 kgdaging - hiris nipis & basuh bersih-bersih
  3. 2 bijibawang besar - dikisar
  4. 3-5 sudu besarkicap
  5. 2 sudu besargula @ secukup rasa
  6. 1 cawanair asam jawa
  7. Bahan Lain
  8. 15-20 tangkaicili kering - dikisar
  9. 2-3 cawanair
  10. Garam secukup rasa (jika perlu)
  11. 1-2 sendukminyak

Cara Memasak

  1. 1

    Gaulkan daging dengan semua bahan perap bersama dalam satu bekas.

    Kemudian perap lebih kurang 1/2 jam. Lagi lama lagi sedap.

    Tapi kalau tak nak perap pun tak per.

  2. 2

    Panaskan minyak, tumis daging yang telah diperap tadi.

    Masak sampai nampak daging mengecut. Tambahkan air.

  3. 3

    Tuangkan cili kisar ke dalam daging, kacau rata.

  4. 4

    Biarkan daging mereneh dengan api perlahan.

    Seimbangkan rasanya, jika kurang boleh tambah apa yang perlu.

  5. 5

    Biarkan sampai kuahnya memekat dan pecah minyak.

    Padamkan api

  6. 6

    Dah siap.

  7. 7

    Sedap dimakan bersama nasi putih @ nasi berperisa.

    Enak dicicah roti putih @ roti benggali.

    Sesuai juga dimakan bersama lemang & ketupat

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
pada
Jitra
It's all about food 🍲 🍝🍜I ❤️ cooking
Baca lagi

Resipi Sepertinya