Pucuk Ubi Masak Lemak Bersama Udang

Kelmarin Gyna ke pasar pagi. Biasanya Gyna akan berulang-alik melihat pelbagai sayur-sayuran yang segar disusun atas meja. Sambil ke sana-sini, otak memikir menu apa yang perlu Gyna masak. Menjadi kebiasaan Gyna untuk membeli sayur lebih untuk disimpan selama 2-3 hari. Tak boleh nak beli sayur berlebihan kerana sayur tidak boleh disimpan lama. Lebih 3-4 hari, sayur akan menjadi layu dan hilang kesegaran jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Bila melihat sayur mulai layu, terus hilang mood nak memasak. Jika nasib tak baik, terpaksalah sayur itu dibuang.
Semasa Gyna membasuh pucuk ubi ni, Gyna masih tertanya, perlu masak apa sayur ini. Anak Gyna minta masak lemak pucuk ubi tetapi suami nak di cekur sahaja dan dimakan bersama sambal belacan. Aihhh tersepit Gyna di tengah-tengah. Akhirnya suami mengalah. Ikutkan sahaja permintaan anak-anak supaya mereka dapat nikmati makanan dengan gembira. Asalkan ada sambal belacan dan ikan goreng.
Sengaja Gyna campurkan udang di dalamnya supaya kuah menjadi asli manis dari rasa udang yang segar.
Bila dihidang ketika makan tengahari, melihat anak-anak bersemangat menikmati lauk Pucuk Ubi ini, Gyna pula yang risau. Mana taknya, anak lelaki Gyna makan bertambah. Suami akan menyalahkan Gyna menjadi punca anak bertambah berat badan.
Begitulah kisah dilema seorang ibu, masak sedap menjadi salah, masak tak sedap pun menjadi masalah juga. Haihhh entahlah korang!!
Pucuk Ubi Masak Lemak Bersama Udang
Kelmarin Gyna ke pasar pagi. Biasanya Gyna akan berulang-alik melihat pelbagai sayur-sayuran yang segar disusun atas meja. Sambil ke sana-sini, otak memikir menu apa yang perlu Gyna masak. Menjadi kebiasaan Gyna untuk membeli sayur lebih untuk disimpan selama 2-3 hari. Tak boleh nak beli sayur berlebihan kerana sayur tidak boleh disimpan lama. Lebih 3-4 hari, sayur akan menjadi layu dan hilang kesegaran jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Bila melihat sayur mulai layu, terus hilang mood nak memasak. Jika nasib tak baik, terpaksalah sayur itu dibuang.
Semasa Gyna membasuh pucuk ubi ni, Gyna masih tertanya, perlu masak apa sayur ini. Anak Gyna minta masak lemak pucuk ubi tetapi suami nak di cekur sahaja dan dimakan bersama sambal belacan. Aihhh tersepit Gyna di tengah-tengah. Akhirnya suami mengalah. Ikutkan sahaja permintaan anak-anak supaya mereka dapat nikmati makanan dengan gembira. Asalkan ada sambal belacan dan ikan goreng.
Sengaja Gyna campurkan udang di dalamnya supaya kuah menjadi asli manis dari rasa udang yang segar.
Bila dihidang ketika makan tengahari, melihat anak-anak bersemangat menikmati lauk Pucuk Ubi ini, Gyna pula yang risau. Mana taknya, anak lelaki Gyna makan bertambah. Suami akan menyalahkan Gyna menjadi punca anak bertambah berat badan.
Begitulah kisah dilema seorang ibu, masak sedap menjadi salah, masak tak sedap pun menjadi masalah juga. Haihhh entahlah korang!!
Cara Memasak
- 1
Dalam periuk, didihkan 1 liter air bersama 1/3 garam. Rebus pucuk ubi sehingga lembut. Bila pucuk ubi mulai lembut, toskan air.
- 2
Dalam periuk lain, panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang ditumbuk lumat.
- 3
Bila tumisan pecah minyak, Tuangkan santan. Taburkan serbuk kunyit. Kecilkan api, biarkan kuah mendidih. Pastikan sesekali gaul kuah supaya santan tidak pecah minyak.
- 4
Bila santan mendidih, masukkan pucuk ubi yang telah direbus tadi bersama udang. Biarkan udang masak dan pucuk ubi sebati bersama kuah santan. Taburkan garam. Perasakan secukupnya.
Sedia dihidang!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Masak Lemak Putih Pucuk Keledek Masak Lemak Putih Pucuk Keledek
🍽655🍽👨🍳91/2023👨🍳#GoldenApron23#Week5#PucukkeledekPucuk Keledek atau lebih dikenali daun ubi manis di sabah ,ia adalah sayur kegemaran ummi.Biasanya ummi akan masak tumis belacan tapi kali ni ummi buat masak lemak manis atau lemak putih bersama lobak merah.Sedapnya meratah. Q'leenalee's Kitchen -
Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi
#goldenapron2020 #my2ndreceipe2020Sayur pucuk Ubi ini terlalu byk khasiat antara nya mampu menghilangkan pening dan sakit kepala yg tidak menentu.Ia juga rendah kalori dan amat sesuai utk mereka yg menghadapi masalah berat badan.Sayur kampung yang menjadi kegemaran setiap lapisan usia... 😍❤️ Mommy Zie -
Tumis Pucuk Ubi Tutok (Tumbuk) Tumis Pucuk Ubi Tutok (Tumbuk)
Jangan pandang pada rupa paras nya kerana jika dipandang pada rupa paras nya seperti kurang berselera TETAPI rasa lah pada kenikmatan/kesedapan nya, pasti akan “tersuka tak sengaja.” 😁😅Tumis pucuk ubi tutok ni memang kegemaran abang ipar saya. Selalu tengok kakak saya akan masak pucuk ubi ni dengan cara begini. Memula tu memang macam kurang berselera apabila melihat nya tetapi apabila merasai nya, hmmm.. bertambah-tambah makan nya. 😊 Dapur Yusfarisyia -
Pucuk, Tangkai Muda Dan Daun Ubi Tumis Belacan Pucuk, Tangkai Muda Dan Daun Ubi Tumis Belacan
#CookEveryPart #TumbuhTumbuhanJiran sebelah rumah sedekah daun pucuk ubi yang ditanam nya. Menjadi sangat daun nya, alhamdulillah terus suami suruh masak tumis belacan. Selalu nya kalau tolong mak masak, saya ni lah yang akan tolong mak siang sayur ubi. Selalu nya saya buang tangkai ubi tu, mak kata tangkai yang muda boleh dimakan selain daun muda dan pucuk nya. Tangkai yang dimaksudkan adalah tangkai ANAK daun yang menyambungkan daun kepada IBU tangkai daun.@kamekmizah juh meriahkan cabaran minggu tok 😊 Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak Pucuk Ubi Kayu
#septemberchallenge#malaysiamonth#jiwamerdekaMenu borneo banyak kita dapati mereka mengunakan pucuk ubi kayu. Mereka kan masak secara panggang, kukus dan tumis pucuk ubi kayu bersama makanan protin yang lain seperti ayam dan makanan laut.Kita semenanjung kebiasan nya masa lemak atau pun rebus cicah sambal belacan. Ani Delighted -
Pucuk Ubi Masak Lemak Cili & Tempe Pucuk Ubi Masak Lemak Cili & Tempe
45/2022/RoadtoWorldRecipes/1163❤️ Misi 1 CookRace : Fridge Moment ❤️ #Misi1Resipi ni hasil inspirasi Mommy Zie @cook_24420183. Kebetulan dalam peti sejuk ada pucuk ubi rebus (hat ni rebuih sehari sebelum tu untuk buat ulam, tapi idak habis) 🤭. Pastu ada serai yang persis teratai layu di tasik madu (kecut) 😆 Tak lupa juga ikan bilis yang tinggal sikit. Jadi tu kita kasik perabih jela semuanya. Kurang-kurang dapat dah satu menu dinner gituu 😌.Resipi Asal Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi tapi hakak gantikan cili padi dengan cili kisar je sebab perut tak berapa ok seminggu dua ni. Tapi kadang2 makan juga cuma merana lak lepas tu😅. Yang hat tempe tu pulak, sajalah nak bagi banyak bahan dalam kuah. Actually not bad juga pucuk ubi campuq tempe ni haa. Nak tau rasa cmne. Cer korang coba yer 😬😄 Salina Jalaludin -
Masak Lemak Pucuk Keledek, Bayam Kecil Bersama Ubi Masak Lemak Pucuk Keledek, Bayam Kecil Bersama Ubi
#cookpadmalaysiaLama tak merasa sayur masak lemak. Ke pasaraya pagi tadi tengok ada dijual ubi keledek Jepun, pucuk ubi bersama sayur bayam kecil ambillah 1 bungkus setiap satu.Kebetulan ada 1/2 keping lebihan ikan tenggiri goreng semalam,bersama bahan lain,dapatlah masak sayur lemak hari ini.Sedapnya!berselera makan nasi hari ini,alhamdulillah.... ha.lim39 -
Lemak kuning pucuk ubi Lemak kuning pucuk ubi
#CookpadApron2025#Week8Bukan selalu nak masak pucuk ubi . Memandangkan tengok pokok merimbun kita kutip² pucuk buat masak lemak kuning.Sedap pucuk ubi kerinting ni sedap rasanya lembut dan tidak pahit.Magic cart:KunyitSantanCili Ziana Chesaad -
Masak Lemak Pucuk Ubi Tumbuk Masak Lemak Pucuk Ubi Tumbuk
Harini cooksnap masak lemak pucuk ubi dari cookpadians Mommy Zie.Rezeki dapat pucuk ubi dari kawan suami ditempat kerjanya.Terus terlintas nak buat masak lemak.Mesti ramai yang suka kan..Saya kalau buat masak lemak pucuk ubi saya suka tumbuk dan perah buang airnya.Ini untuk menghilangkan rasa pahit pada pucuk ubi.Tak perlu nak direbus dah terus je masak.Bahan-bahan yang ditumbuk pula saya tumis dahulu dengan sedikit minyak sehingga berbau wangi baru dimasukkan bahan2 yg lain.Masak bagi pedas -pedas manja ...walaahh...memang melajak suap nasi.😋😉Kita masak with lesung je ..Kita rehatkan blender 😀Jom tengok resepi . Q'leenalee's Kitchen -
Tumis Belacan Pucuk Ubi Tumis Belacan Pucuk Ubi
Jiwa Merdeka 🇲🇾Sempena #MerdekaMonth #AugustChallenge kita tahun ni, jom kembali ke zaman nenek moyang kita hidup sebelum merdeka sebagai tanda penghormatan atas usaha dan pengorbanan mereka dalam memerdekakan negara tercinta.Pokok ubi kayu antara pokok yang senang ditanam dan senang untuk didapati tak kira di tepi rumah atau di sekeliling kampung. Kalau zaman nenek moyang kita, belum banyak pembangunan, lebih banyak kehijauan memang tak susah untuk mencari pokok ubi kayu. Dari pucuk muda, buah ubi hingga ke kulit ubi kayu boleh dimakan. Kira nya buah ubi kayu tu menjadi makanan ruji pengganti nasi kerana beras pun payah nak dapat.Hari ni saya masak tumis belacan pucuk ubi kayu. Memang layan makan dengan ikan kering goreng, sambal belacan ulam timun dan nasi putih. Makan kering sekali - sekala memang bertambah-tambah. Dapur Yusfarisyia -
Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak
First time saya masak pucuk ubi...hihii..mesti tak percaya kan..tapi itulah hakikatnya.. Sebelum ni saya tak pernah makan, apatah lagi masak pucuk ubi. Saya mula cuba makan masa balik kampung suami saya di Kedah cuti sekolah baru ni.. Mak mentua ada tanam pokok ubi yg daun panjang2 tu dengan pokok ubi kerinting di halaman rumahnya. Mak mentua & suami suruh saya try makan..eh sedap la pulak..hahaha..mak mentua buat masak lemak..saya siap meratah dengan mencicahnya dengan sambal hijau yg saya buat. Sebelum balik rumah di Klang, mak mentua petik lagi pucuk ubi beri ke saya. Dia sempat ajar cara nak ambik pucuk tu bila nak masak nanti..iaitu ambik 3 tangkai daun dari pucuknya..yg selebihnya tu keras katanya.. Jadi saya buat masak lemak jugak..tapi saya campur dengan tempoyak utk menyedapkannya lagi..sebab tempoyak pun yg mak mentua bagi 🤭 Nor Al Fatihah -
Masak Lemak Pucuk Ubi Ikan Bilis Masak Lemak Pucuk Ubi Ikan Bilis
#jiwamerdeka#merdekamonth#AugustchallengePucuk ubi memang makanan yang rare. Boleh petik tepi rumah hingga dijual di pasaraya besar. Pelbagai menu boleh dihasilkan dan merupakan makanan sebelum merdeka lagi. Ani Delighted
Lebih Banyak Resipi
Komen (5)