Sambal Sotong Kembang

Actually Gyna tak tahu apa nama sebenar sotong ni. Tapi keluarga Gyna sebut sotong kembang. Kalau versi yang kering tu Gyna sebut sotong kering. Gyna suka makan sotong kembang berbanding sotong kering. Cerita bermula pada satu ketika tu, sewaktu kenduri perkahwinan adik. Mama minta Gyna basuhkan sotong kering yang telah direndam. Masyallah bau dia membuatkan Gyna terus ke alam lain. Terserlah jelas bulan dan bintang 🤣. Sampai hari ni Gyna teringat bau air rendaman sotong kering. Sejak kejadian Gyna basuh sotong kering tu, sejak hari itulah Gyna tak pernah makan lagi. Tapi kalau sotong kembang ni Gyna suka.
Hari tu MinSha datang rumah Gyna, Gyna masak sotong kembang ni. Dia tanya kenapa sotong ni lembut. Asalnya mama Gyna bagitahu tips untuk mempercepatkan proses melembutkan sotong, sotong harus direbus terlebih dahulu. Dalam 15-20 minit sahaja. Tips ini memang menjimatkan masa memasak. Kalau tak, berjam-jam duduk di dapur sambil menunggu sotong ni lembut. Gas habis 1 tong pun belum tentu sotong lembut. Untuk melembutkan sotong versi kering, Gyna tak pasti. Gyna tak pernah masak dan tak mahu berkawan dengan sotong kering tu. Tak mahu!!!

Cara Memasak
- 1
Bersihkan sotong, kemudian rebuskan bersama 1 liter air (atau lebih).
Rebus selama 15 atau sehingga sotong lembut apabila dicucuk dengan menggunakan garpu. Buang air dan tos sotong. - 2
Dalam kuali, panaskan minyak. (Gyna guna minyak yang telah digunakan untuk goreng ayam).
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cili kisar. Gaul sebati. - 3
Masukkan gula merah. Taburkan garam dan serbuk perasa. Tumis sehingga minyak terbit di permukaan. Gunakan api sederhana besar supaya cili tidak mentah.
- 4
Bila minyak timbul di permukaan, masukkan sotong yang telah direbus tadi. Kemudian tuangkan asam jawa dan masukkan asam keping. Biarkan sambal menjadi pekat. Perasakan secukupnya. Dan sedia di hidang!!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal Sotong Kembang Sambal Sotong Kembang
Sambal Sotong Kembang ini, saya masak beberapa bulan lepas, iaitu Raya Haji tempoh hari.Sambal Sotong Kembang ini versi berkuah, bukan kering. Ia sedap dimakan bersama sayur lodeh, nasi himpit, sambal kacang dan ayam masak rempah.4. cili (1 point)14. sotong (3 point)#challenge36#GlobalApron2024#berkuah Alia Ali -
Sambal Sotong Kembang Sambal Sotong Kembang
🍽650🍽👨🍳86/2023👨🍳#GoldenApron23#Week2#SotongKembangSambal sotong kembang sedap dimakan bersama nasi lemak ataupun nasi putih.Walaupun rasanya agak tawar tetapi ummi suka teksturnya yang kenyal-kenyal bila digigit.Sotong kembang ni lagi sedap kalau dimakan bersama kangkung yang dicelur dengan kuah yong taufu.👍👍👍 Q'leenalee's Kitchen -
Sambal Sotong Kembang Sambal Sotong Kembang
#CookpadApron2025Week11Magic cartSotong kembangCili keringHaliaAsam jawaKicap Ani Delighted -
Sambal Sotong Kembang Sambal Sotong Kembang
Sambal sotong kembang pasti semua suka kan😍, aromanya yang memikat rasanya sedikit pedas dan manis,sotongnya pula sedikit kenyal memang sedap,boleh dihidangkan bersama, nasi lemak, nasi putih, lontong,nasi impit dan macam-macam lagi, tapi untuk membuang bau hanyirnya kena ada caranya, jika tidak bau hanyir sotong tadi akan menganggu rasa sambal sotong, nak tau caranya,jom tengok cara saya. @Nana Sabrina Sarsan -
Sambal Sotong Kembang Sambal Sotong Kembang
Cheyah mula jatuh cinta dengan sambal sotong kembang ni sejak masuk pengajian ijazah di Serdang. Memang waktu tu suka sangat makan nasi lemak sambal sotong ni.Sejak dari situ, cheyah selalu buat. Walaupun simple tetapi sekali makan Ya Allah bertambah juga. Makan dengan ikan bilis goreng krup krap pun menjadi selera dia.#goldenapron Cheyah Saripuddin -
Sambal Tumis Sotong Kembang Sambal Tumis Sotong Kembang
Ni menu febret saya.. Suka sangat makan sambal sotong kembang ni..nak buat pun mudah.. Jom cuba#goldenapron2020 Laili Adam -
Sambal sotong kembang Sambal sotong kembang
#goldenapron2020#minggu31Bila mkn nasi lemak sambal sotong kembang ni memang kegemaran anak2 dan suami.Mesti saya akan masak banyak sebab sekejap je dah licin.Sesetengah resepi ada yg letak kacang tanah tumbuk dalam sambal sotong ni.Tapi saya tak letak.Terpulang la pada citarasa masing2 kan.Selamat mencuba ye Zieta Ali -
Sambal taun sotong kembang Sambal taun sotong kembang
#periuknasiteringin sangat nak makan sambal taun kulit lembu....tapi entahla...tekak macam tak boleh terima...tapi orang yang suka selalu semawa...cuba lah .rasa dia macam sotong kembang..kenyal-kenyal gitu...jadi kita pun cuba lah buat gunakan sotong kembang...ada juga yang buat letak kerang dan ikan bilis...hasilnya ... alhamdulillah....lepas juga teringin itu...katanya...lagi lama kita masak lagi serasi rasanya. . 0h Hana !! -
Sotong Sambal Kacang Sotong Sambal Kacang
Sambal sotong ni kegemaran family Aznie. Kadang makan macam tu je ratah sedap. Setengah orang tak suka makan sebab ada yang kata sotong ni berbau hanyir. Serius Aznie masak memang tak pernah bau pun. Pernah sekali makan kat kedai ngan hubby ambik lauk sotong ni memang Aznie tak boleh makan. Hubby pun sama. Dia tengok Aznie, Aznie tengok dia😂. Dia tanya kenapa sotong ni bau. Aznie cakap sebab dia tak buang kulit luar yang licin tu. Tu petua dia sebenarnya, lupa nak ambik gambar buang kulit bahagian luar yang licin tu. Nanti Aznie share. Kita kena buang, tarik kulit bahagian luar. Bila kita buang kulit bahagian luar sotong kita memang kulitnya tak licin dah. Jadi elok kesat tak licin. Bila masak pun kulit elok cantik dan yang paling penting tak cepat basi dan tahan lama. Sambal sotong ni sedap bila kita bubuh kacang, kuah jadi pekat seakan makan sotong ngan kuah kacang. Tak caya boleh cuba. Aznie Khasri -
👩🍳Sambal Sotong kembang 👩🍳Sambal Sotong kembang
Cookpad Apron 2025 Week 11Resipi Masak Sambal sotong kembang yang mudah dan cepat…Kali pertama mencuba cara mencelur sotong dahulu sebelum dijadikan sambal. Celur sotong didalam air yang dimasukkan banyak bahan didalamnya…untuk berikan sedikit rasa kepada sotong kembang yang agak hambar🤭COOKPAD MAGIC CART WEEK 11🛒 Sotong kembang🛒 Halia🛒Asam jawa🛒Cili🛒Tomato#CookpadApron2025#CA20252490/3K113/2025 Mahadiah -
Sambal Sotong Kembang Sambal Sotong Kembang
Sambal sotong kembang sekembang diriku🤫Sotong kembang ni jarang masak.. Sebab anak² xberapa gemor, katanya sotong gergasi🙄Tapi hari ni ibu teringin nak makan.. Jadi buatlah jugak.. FZ Adzlin -
Sambal Sotong Sambal Sotong
Ada macam-macam style nak masak sambal sotong. Nak dapatkan sambal sotong yang sedap, kena basah-basah sikit, warna pun memainkan peranan. Yang penting rasanya cukup lengkap. Ada pedas, ada manis, ada masin. Lebihan sotong ring frozen semalam. Semalam buat menu sotong salut tepung. Hari ni buat sambal sotong pula. Bagi saya, sotong ring frozen ni lebih sedap dimasak sambal daripada goreng salut tepung. Rasanya seakan-akan sotong kembang. Tapi sotong ring ni lebih lembut daripada sotong kembang. Noor Atika Mahamood
Lebih Banyak Resipi
Komen