Daging Bakar masak lemak cilipadi

Mommy Zie
Mommy Zie @cook_24420183
Bangsar

Gulai/Masak Cili Api. Dikenali sebagai masakan kuning lada api atau "masok lomak lado api" satu-satunya masakan yang popular dan menjadi lambang masakan tradisional orang melayu N9.

#GoldenApron23

Daging Bakar masak lemak cilipadi

10 orang bercadang membuatnya

Gulai/Masak Cili Api. Dikenali sebagai masakan kuning lada api atau "masok lomak lado api" satu-satunya masakan yang popular dan menjadi lambang masakan tradisional orang melayu N9.

#GoldenApron23

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

35-40minit
4 - 5 orang
  1. 500 gmDaging
  2. 4-5 ulasbawang putih di tumbuk
  3. 3 bijibawang merah kecik ditumbuk
  4. 3bij ubi kentang di belah 4
  5. 1 incikunyit hidup di tumbuk
  6. 1 batangserai di ketuk
  7. 2 kepingasam keping
  8. 5-6 tangkaicilipadi di tumbuk
  9. 200 mlsantan kara kotak
  10. Minyak untuk menumis
  11. Air
  12. Garam

Cara Memasak

35-40minit
  1. 1

    Bakar daging di atas kuali, nak panggang guna bara pun boleh, lagi sedap.
    Terbalik2 kan daging sehingga berwarna keperangan

  2. 2

    Panas kan minyak, tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau

  3. 3

    Masukkan ubi kentang, tambahkan air sehingga ia menggelegak

  4. 4

    Masukkan santan sedikit demi sedikit, kacau sebati agar santan tidak berketul

  5. 5

    Masukkan asam keping, perasa kan dengan garam dan jika perlu masuk kan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat

  6. 6

    Akhir sekali masuk kan daging yang telah di bakar tadi kedalam kuali dan kacau dalam 5 minit macam tu.Siap! Dan boleh la di hidang bersama2 dengan nasi panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mommy Zie
Mommy Zie @cook_24420183
pada
Bangsar
"sentiasa rasa ingin menCuba pelbagai RESEPI" ❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya