Kari Telur Goyang

#MenuRahmahDiRumah
1425/2023
Dulu masa Uchu sekolah rendah, telur boleh dibeli sebiji-sebiji ikut jumlah yang kita nak. Uchu selalu ditugaskan beli telur lepas balik sekolah. Turun bas sekolah, terus gi kedai aci tepi rumah. Sebiji masa tu 20 sen. Beli seringgit cukup dah untuk kami adik beradik alas perut sementara tunggu mak balik keje. Biasanya mak pesan beli telur bila ada hari arwah mak tak sempat masakkan lauk tengahari untuk tinggalkan untuk kami. Biasa lah ada hari terkalut pagi2..Arwah mak ibu tunggal..kami ni anak2 yatim dari kecik..
Sekarang sebiji telur 50 sen paling murah.
Kos untuk menu Uchu dalam resepi ni:
8 biji telur (RM 4)
1 kotak kecil Kara (RM 3.50)
Bawang,cili,serbuk kari etc: (RM 2)
Anggaplah RM 10 keseluruhan. Jadinya, kalau anggap sebiji telur untuk seorang, maka..kerahmahan kos di rumah jadi RM 1.25 seorang. Berbaloi, sedap, simple dan kenyang!
Kari Telur Goyang
#MenuRahmahDiRumah
1425/2023
Dulu masa Uchu sekolah rendah, telur boleh dibeli sebiji-sebiji ikut jumlah yang kita nak. Uchu selalu ditugaskan beli telur lepas balik sekolah. Turun bas sekolah, terus gi kedai aci tepi rumah. Sebiji masa tu 20 sen. Beli seringgit cukup dah untuk kami adik beradik alas perut sementara tunggu mak balik keje. Biasanya mak pesan beli telur bila ada hari arwah mak tak sempat masakkan lauk tengahari untuk tinggalkan untuk kami. Biasa lah ada hari terkalut pagi2..Arwah mak ibu tunggal..kami ni anak2 yatim dari kecik..
Sekarang sebiji telur 50 sen paling murah.
Kos untuk menu Uchu dalam resepi ni:
8 biji telur (RM 4)
1 kotak kecil Kara (RM 3.50)
Bawang,cili,serbuk kari etc: (RM 2)
Anggaplah RM 10 keseluruhan. Jadinya, kalau anggap sebiji telur untuk seorang, maka..kerahmahan kos di rumah jadi RM 1.25 seorang. Berbaloi, sedap, simple dan kenyang!
Cara Memasak
- 1
Panaskan minyak. Tumis halba campur dan daun kari terlebih dahulu untuk aroma. Kemudian tumis hirisan bawang, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
- 2
Masukkan serbuk kari dan cili kisar dengan sedikit air. Kacau rata. Kemudian tambahkan garam dan gula. Tumis sampai pes cantik, berkilat.
- 3
Masukkan air, air asam jawa/asam keping dan santan.
Tip:
Uchu jadikan kuah kari cair sikit sebab nanti pecahan telur sendiri akan memekatkan kuah kari. - 4
Perlahankan api dapur atau tutup sebentar. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, tuangkan dalam kuah kari. Ulang sampai telur habis.
Hidupkan api perlahan dan tutup kuali. Masak sekejap je atau mengikut selera masing-masing untuk telur goyang separuh atau goyang setempat je..😆
Resipi Sepertinya
-
Kari Kepala Ikan Merah Kari Kepala Ikan Merah
230/2024 (1783/2K)Global Apron Challenge 22: MerahMerah Membara Semangat Waja 🇲🇾#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:Ikan merah, cili merahMende ada dalam draf. Masak ni lepas balik dari kampung. Masa kat kampung, meronda2 di pasar tani dan beli serbuk kari cap Nik Sah Kampung Langgar. Tak sabar-sabar nak try..ternyata jauhhh lebih sedap daripada serbuk kari yang ada dipasaran atau yang pernah Uchu try sebelum ni..hehe. Biasanya jenama rempah Kg. Langgar ni, Uchu beli rempah kerutuk je.Nampaknya lepas ni, bertambah lah bahan dalam list untuk dibeli dari kampung bekalan ke rumah sendiri..😄 Sesimple Loralin -
Singgang Anak Tenggiri Singgang Anak Tenggiri
#MenuRahmahDiRumah1426/2023Tenggiri ni kategori tuna yg popular kat Malaysia..harga mak bapak tenggiri per kg boleh tahan jugak mahainya..biasanya RM33-35 . Anak2 dia ni lebih kurang RM20-23/kg . Yang Uchu beli ni ikan longgok je. RM 10 untuk 6 ekor. Alhamdulillah..rasa anak tenggiri sama je dengan mak ayah dia..hehe. Isi dia lembut sikit lah sebab namanya anak..hehe.Kos keseluruhan untuk seorang boleh dianggap RM 1.50 - RM 2 kot. Berbaloi lah untuk rasa tenggiri kan? Sesimple Loralin -
Ayam Masak Lada Hitam Ayam Masak Lada Hitam
MIL ada kat rumah Uchu, Uchu kidnap masa balik dari kampung masa raya haji aritu..maka adalah cucu2 yg tingal berdekatan datang memeriahkan suasana setiap hari. Silih berganti . Sebab untuk MIL Uchu siapkan ulam-ulam dan ikan, maka untuk anak2 buah, Uchu sediakan ayam kicap black pepper je yg pasti disukai. Sesimple Loralin -
Ketam Masak Lemak Ketam Masak Lemak
Cerita haritu: Berbuka makan kurma, air dan kuih sikit, Solat maghrib dulu baru makan nasi dengan ketam ni..barulah tak tergesa2 nak menikmati ketam. Biasanya pun mmg solat dulu baru makan..Arwah mak Uchu, masak ketam, mmg buang kulit dan belah dua. Sejak berumahtangga, masak ketam tak lagi buang kulit. Awal2 kawen dulu buat cara arwah mak, kena la komplen oleh juri tetap iaitu husben Uchu tu.🤣 tu belum lagi oleh juri jemputan sebelah keluarga suami..🤣🤣 Masa arwah mak masih ada, kalau husben Uchu beli ketam, Uchu akan asingkan 1-2 ekor untuk mak. Sebab mak biasanya nak ketam goreng atau masak lemak. Husben pula kerap minta masakkan masak merah. Bila dapat masak lemak ketam macam ni sekali sekala..Uchu la paling bahagia..🤣 Sesimple Loralin -
Kari Ikan Pari Kari Ikan Pari
Global Apron 2024 Challenge 22: Merah#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Tghari semlm suami ajak pergi beli ayam panggang. Dlm pjalanan ke destinasi tu, tiba² suami kata nak beli nasi briyani bukhari. Dia minta pndpt sy nak ayam panggang ke briyani bukhari? Sy terus ckp "ikut suka abang lah, sy takde masalah." Terus dia ckp "klau mcm tu kita beli briyani bukhari." Smpai di dpn Bukhari Cafe tu, dia jer yg keluar dr kereta sbb nak tapaw jer kata nya. Smpai di kereta dia terus tnya, "nak tau tak knp sy beli briyani bukhari & tak jadi beli ayam panggang?" Sy terus jwb "sbb briyani bukhari siap ada nasi, ayam, kuah dhal & acar. Klau ayam panggang takde nasi." Terus dia ckp "bijak!". Tak myabar² dia terus ambik sjemput nasi briyani tu terus suap ke mulut & terus bagitau nak bwa sy pgi Kpg Bako cari ikan segar. Tmpt tu agak jauh sbb kwsn tepi laut, kwsn nelayan. Sy terus ckp "laa.. bkn terus balik ke rmh ke? Perut dah lpr ni. Nak mkn sudu pulak takde." (mood mrajuk). Bila smpai di Bako, terus hilang mrajuk sbb rezeki mmg ada org jual ikan² segar. Dpt lah beli ikan pari, ikan sebelah, ikan cermin, ikan pelaling, udang & pepahat. Klau takde rezeki, dr jauh kita dtg tp takde org yg bniaga disbbkan nelayan tak balik lg. Balik tu suami perli "muka ada sinyum smpai ke telinga" 😆 Hari ni msk kari ikan pari.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Chilli flakes (1) + tomato (1) Dapur Yusfarisyia -
Gulai Kulat Sisir, Telur & Kacang Panjang Gulai Kulat Sisir, Telur & Kacang Panjang
56/2025 (2043/2500)Alhamdulillah..walaupun masa ni husben outstation, dapur Uchu tetap berasap..hehe. Malas nak membazir. Satu lauk campur sayur 2 in 1 macam ni pun dah cukup. Kalau masak gulai kuning campur telur, confirm anak-anak nak 2-3 biji telur seorang.Kulat sisir juga dikenali sebagai cendawan kukur. Antara bahan memasak yang selalu ada di rumah Uchu. Kalau nampak kulat ni kat pasar, memang akan dibeli banyak kemudian Uchu akan buangkan akar kulat yang keras siap-siap kemudian jemur bagi kering untuk disimpan dan tahan lama. Bila-bila nak guna, rendam kejap, basuh bersih-bersih, ramas-ramas sikit sebelum nak dimasak. Sesimple Loralin -
Kari Ikan Aya Lembut & Telur Ikan Berterung Kari Ikan Aya Lembut & Telur Ikan Berterung
145/2025 (2132/2500)#CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 14 : terung, cili Sesimple Loralin -
Kari ikan merah umbut kelapa Kari ikan merah umbut kelapa
Balik kampung sekejap.. ambil sedikit masa berbuka dengan emak.. kebetulan ada umbut kelapa..Mak siap potong dan rebus.. jadi menu umbut ni tak sempatla untuk berbuka keesokannya.. hana bungkus bawa balik umbut yang siap di rebusMaka hari ini jadilah lauk sederhana tapi susah nak dapat 0h Hana !! -
Sambal Telur Goyang Banjero Sambal Telur Goyang Banjero
Masak Apa Banjir?#CookpadCaresStok roti musim banjir pun kehabisan diseluruh kedai dalam banyak daerah. Harap2 stok telur tetap ada walaupun ada pengusaha ayam terjejas akibat banjir. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ameen.Lauk telur yang simple ni mudah disediakan dengan bahan terhad. Itupun kalau rumah terjejas banjir masih mempunyai bekalan air, elektrik dan gas lah.Antara lauk yang pernah Uchu sediakan kepada mangsa banjir yang terdiri daripada sanak-saudara yang Uchu ajak berteduh di rumah Uchu ketika banjir besar daerah Kuantan 2013 dulu. Bekalan makanan mentah untuk rumah yang tak banjir pun agak sukar,apatah lagi yang ditimpa musibah. Masak apa yang ada.Lauk simple tapi anak-anak makan bertambah. Sebiji telur yang masak penuh khas untuk anak yang tk suka bergoyang. Lain-lain semua suka goyang. 😁 Sesimple Loralin -
Gulai Lengkuas Ikan Kaci Gulai Lengkuas Ikan Kaci
273/2024 (1826/2K)Global Apron Challenge 28: Malay Food#MalaysiaMonth 🇲🇾#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:3- serai 4-daun kunyit 5-kunyit basah 6-santan+ belacanUchu suka MIL nak duduk dengan Uchu lama2. Kali ni dah lebih sebulan MIL ada kat rumah Uchu..selera MIL ni memang kena ikut je..jarang lah skrg Uchu nak masak ‘macaim2’.. pendek kata, singgang, sup, masak air lada hitam, ikan goreng/bakar, gulai lengkuas diulang2. Laksam pulak, setiap hari! Kalau tak dibuat sendiri, wajib dibeli. Sampai Uchu naik risau dan tanya MIL, betul ke laksam lagi? aish..masak gulai lengkuas, story pasal laksam pulak. 😆Gulai lengkuas macam ni popular di Kelantan & Terengganu menggunakan ikan tongkol pada kebiasaannya. Kalau di gerai/kedai jualan makan pagi, menu ni dipanggil nasi berlauk. Untuk fyi dan pemahaman orang luar kalau datang ke pantai timur untuk breakfast, ‘ nasi berlauk’ tu maksudnya bukan lauk pauk lain, mmg khusus ‘nasi berlauk’ = gulai lengkuas ikan tongkol, nasi putih dan sambal belacan. ✌️Harini Uchu masak nasi berlauk ni untuk makan tengahari menggunakan ikan kaci. Sesimple Loralin -
Cencaru Sumbat Sambal Style Mak (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak) Cencaru Sumbat Sambal Style Mak (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak)
#SomethingToRemember#Tribute2ArwahMakIkan cencaru sumbat sambal simple kegemaran kami adik-beradik sejak zaman kanak2 lagi..cuma masa budak2 kami semua mmg tak suka sambal bercampur kelapa atau serai.Sambal biasa yg cukup luar biasa bagi kami semua.Arwah mak seorang ibu tunggal selepas arwah meninggal dunia sejak Uchu berumur 3 tahun lagi. Menggunakan tulang empat keratnya, kami adik beradik tidak pernah berlapar mahupun tidak pernah ke sekolah tanpa duit belanja.Sebelum pergi kerja, arwah akan tinggalkan kami lauk siap dimasak untuk makan pulang sekolah. Pulang kerja pula, arwah bergegas untuk sediakan makan malam untuk kami semua..Kini ikan cencaru sumbat sambal ini sudah menjadi kegemaran anak2 Uchu dan anak2 saudara juga. Setiap kali makan ikan ni, mesti Uchu bercerita pada anak2 tentang arwah nenek mereka. Arwah meninggalkan mereka ketika cucunya masih kecil dan ada juga yang tak sempat mengenali arwah.Pengorbanan dan kasih sayangmu disanjung tinggi wahai ibu..till we meet again in heaven..Inshaallah.😔 Sesimple Loralin -
Beko & Kacang Benggala Masak Lemak Lada Hitam Isi Ikan Beko & Kacang Benggala Masak Lemak Lada Hitam Isi Ikan
240/2024 (1793/2K)#MerdekaMonth : Jiwa MerdekaKacang beko yang sangat susah nak jumpa kat tempat Uchu. Ini pun Uchu beli di pasar tani masa balik kampung tempoh hari. Kebetulan ada. Alhamdulillah..Masak lemak cara kampung, guna isi ikan. Tapi kalau malas, guna ikan bilis je pun boleh..Beko ni terkenal sebelah Kelantan dan juga selatan thai. Ada masa, bekalan beko banyak didapati dari selatan Thai untuk peniaga2 di belah Pantai Timur. Kalau balik kampung, ada sesetengah tempat, boleh nampak pokok beko yang tinggi dan besar kat depan2 rumah kampung tepi2 jalan je..tapi nak amik tu, kena gaya memang kena upah orang manjat..macam petai jugak..Teringat Uchu pada pembantu2 dari Indonesia Uchu, memang sorang pun tak pernah tahu tumbuhan ni boleh dimakan. Kata mereka, kacang beko yang kering dan keras yang gugur dari pokok yang tinggi ni, akan jadi permainan anak2. Main pedang2. Mereka panggil ni kacang pedangan..😁 panjang kacang beko ni memang boleh tahan juga, boleh mencecah hampir 1 meter dan lebih. Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi
Komen (5)