Kari Ikan Aya Lembut & Telur Ikan Berterung

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

145/2025 (2132/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 14 : terung, cili

Kari Ikan Aya Lembut & Telur Ikan Berterung

100+ orang telah melihat resipi ini

145/2025 (2132/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 14 : terung, cili

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
5 orang
  1. 1-2 kepingisi ikan aya lembut
  2. 4 kepingtelur ikan
  3. 4-5 batangterung pendek ✅
  4. 1 sudu tehhalba campur (rempah campur)
  5. 3 pelepahdaun kari
  6. 1-2 bijitomato
  7. 2 sudu makangula (sesuai rasa)
  8. 2-3 sudu tehgaram bukit (sesuai rasa)
  9. 1 sudu makanasam jawa biji (dibancuh air)
  10. 100 mlsantan kotak Kara
  11. Secukupnyaair
  12. Bahan kisar
  13. 1 bijibawang besar merah/6 ulas bawang kecil
  14. 3 ulasbawang putih
  15. 1 incihalia
  16. 3 sudu makancili kering kisar/cili boh
  17. 1 sudu makanserbuk kari ikan
  18. 1 sudu makanserbuk kari ayam/daging

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Panaskan minyak. Masukkan terung. Goreng sehingga terung layu dan lembut (elak terover goreng/terlembik)

  2. 2

    Masukkan bawang, halia dan bawang putih yang dikisar. Masukkan juga cili kering kisar/cili boh bersama serbuk kari ikan dan serbuk kari ayam/daging. Tambahkan sedikit air supaya tak hangus.

    Tambah air dari semasa ke semasa sehingga pes pecah minyak. Tambah lagi minyak masak jika perlu untuk garingkan bahan.

  3. 3

    Tambahkan gula dan sedikit garam. Tumis sehingga pes cantik berkilat dan lebih gelap warnanya.

  4. 4

    Masukkan isi ikan aya dan telur ikan. Tambah sedikit air dan air asam jawa. Masak sehingga mendidih.

  5. 5

    Panaskan minyak masak dalam kuali, api sederhana. Tumis rempah halba campur dan daun kari sehingga harum (sekejap sahaja).

  6. 6

    Masukkan santan. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan nampak pecah minyak. Masukkan tomato.

  7. 7

    Adjust semula rasa. Masukkan terung yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

    Sedia dihidangkan..
    Alhamdulillah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya