NASI MINYAK TO THE SKY ✨

Mademoiselle aenanadh
Mademoiselle aenanadh @aenanadh__
🇲🇾

Resepi ni daripada kakak ipar saya yang berketurunan Malbari.

Sangat simple dan sedap sangat ! Saya makan masa dalam pantang berlaukkan Kuzi Kambing aqiqah anak saya, bertambah² sampai kena tegur sebab makan tak macam orang tengah dalam pantang 🤣.

Makan nasi dia saje tanpa lauk pun dah sedap. Sesuai juga makan bersama ayam masak merah.

Selamat mencuba !

NASI MINYAK TO THE SKY ✨

Resepi ni daripada kakak ipar saya yang berketurunan Malbari.

Sangat simple dan sedap sangat ! Saya makan masa dalam pantang berlaukkan Kuzi Kambing aqiqah anak saya, bertambah² sampai kena tegur sebab makan tak macam orang tengah dalam pantang 🤣.

Makan nasi dia saje tanpa lauk pun dah sedap. Sesuai juga makan bersama ayam masak merah.

Selamat mencuba !

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 8 cawanteh beras basmathi (rendam 5 minit kemudian tapis sampai kering)
  2. 9cawah teh air kosong didihkan (gunakan cawan atau sukatan yang sama dengan beras)
  3. Minyak sapi
  4. Kacang gajus
  5. Kismis
  6. Daunpandan
  7. Lemak lembu (optional)
  8. bahan penumis
  9. 2 bijibawang besar 🧅
  10. 2 bijibawang holand 🧅
  11. 1 labubawang putih 🧄
  12. Halia 🫚
  13. 4sekawan

Cara Memasak

  1. 1

    Goreng kismis dan kacang gajus dengan minyak sapi sampai wangi dan kacang masak. Kemudia ketepikan dulu.

  2. 2

    Dengan menggunakan minya sapi dari gorengan kismis dan gajus tadi, masukkan lemak lembu sampai kecut.

  3. 3

    Bila lemak tu tadi dah garing, masukkan 4 sekawan tu. Goreng sampai naik bau.

  4. 4

    Masukkan bahan penumis yang telah dikisar bersama daun pandan. Tumis sehingga air bawang mengering dan terbit minyak.

  5. 5

    Setelah bahan penumis terbit minyak, boleh masukkan 1 tin susu sejat, gaul rata dan perasakan dengan garam atau serbuk perasa.

  6. 6

    Masukkan 2 sudu sunquick untuk rasa masam² bersama 3 ketul gula batu untuk bagi nasi berkilat nanti.

  7. 7

    Tutup api dan masukkan beras, gaul hingga rata.

  8. 8

    Pindahkan ke dalam pressure cooker bersama 9 cawan teh air kosong yang telah didihkan tadi. Masa ni bila dah rata²kan beras tadi, boleh rasa semula since dah bercampur dengan air. Boleh juga letak pewarma makanan berwarna kuning atau air safron.

  9. 9

    Setelah nasi masak, boleh kareh² nasi tu. Cantikkan kejadiannye 😍? Bau pun mengak

  10. 10

    Last sekali taburkan kismis dan gajus yang telah digoreng tadi. Bawang goreng paling penting bersama daun ketumbar sekiranya ada. Lagi² bawang goreng yang digoreng sendiri. Siap untuk dihidangkan !

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mademoiselle aenanadh
pada
🇲🇾
Seketul aenanadh yang suka untuk mencuba semua jenis makanan serta memasak sambil murka resepi itu harus buatnya 😝.
Baca lagi

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Terliur nengok..cantik dan nampak pun dah sedap. Tq tips guna gula batu untuk kilatkan nasi. Insyaallah, nanti boleh apply dan cooksnap.

Resipi Sepertinya