Nasi Lemak Herba

Nurul Bazliah Masri
Nurul Bazliah Masri @DapurNBazz
Sitiawan, Perak, Malaysia

Memang tak jemu makan bila-bila masa. Jika berpagian dah ke dapur masak menu berat. Jika berbaki. Berulang makan sampai bawa ke makan malam.

Nasi Lemak Herba

Memang tak jemu makan bila-bila masa. Jika berpagian dah ke dapur masak menu berat. Jika berbaki. Berulang makan sampai bawa ke makan malam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30-45minit
4 orang
  1. Bahan Nasi
  2. 1 cawanberas
  3. 2 cawansukatan (air+santan)
  4. 2 helaidaun pandan
  5. 1 batangserai diketuk
  6. Secukupnyahalba rempah dan lada hitam biji
  7. 1/2 sudu besarminyak
  8. 1 incihirisan halia
  9. 2 bijibawang rose dimayang
  10. 3 ulasbawang putih dimayang
  11. secukupnyaGaram dan gula
  12. Bahan sampingan
  13. secukupnyaTelur ayam
  14. secukupnyaIkan bilis
  15. 1 bijibawang besar dihiris
  16. secukupnyaMinyak menggoreng
  17. Bahan sambal
  18. 3 sendukstock cili blend
  19. 1 helaidaun pandan
  20. secukupnyaCuka
  21. secukupnyaAir asam jawa
  22. secukupnyaGula kabung, Gula biasa dan garam
  23. Guna baki minyak gorengan ikan bilis
  24. Secukupair

Cara Memasak

30-45minit
  1. 1

    Beras cuci bersih. Masukkan sukatan air dan bahan seperti hirisan halia, bawang rose, bawang putih, lada. Lain-lain rempah dan serai tiada gambar sebab dah buka api baru teringat lupa letak. Haha.

  2. 2

    Jika masa dapur gas biasa, api paling perlahan. 15 minit pertama. Kita tengok dan kacau seketika. Dah siap tutup api. Nasi masak rata dalam 15 minit akhir berbaki. (Jumlah masa 30minit)

  3. 3

    Proses rebus telur.

  4. 4

    Ikan bilis dan bawang goreng naik bau sahaja. Toskan.

  5. 5

    Tumis sambal hingga pecah minyak. Masukkan sekali daun pandan.

  6. 6

    Dah pecah minyak boleh masukkan garam, gula, cuka, air asam jawa secukupnya. Tambah-tambah air. Masak hingga pecah minyak

  7. 7

    Akhir sekali masukkan ikan bilis. Masak seketika hingga ikan bilis sebati dengan sambal.

  8. 8

    Sedap makan begini. Simple. Orang tua-tua cukup suka kalau nasi lemak dihidang bersama ikan masin dari ayam mahupun daging.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nurul Bazliah Masri
pada
Sitiawan, Perak, Malaysia

Resipi Sepertinya