Giant donat

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
Terengganu

Alkisah lama tak mendonat,3 hari lepas kebetulan ada bahan² semua maka terjadi la giant donat,kalau makan yang bersaiz kecil rasa macam tak luas je..buat saiz giant puas makan mulut boleh nganga besar² haa tuuu dia🤣

#roadto500resepi☺️

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kilotepung serbaguna
  2. 50 grammarjerin
  3. 11 gramyis
  4. 1 bijitelur
  5. 1 sudu kecilgaram
  6. 1 sudu kecilbaking powder-(optional)
  7. 2 cawanair sejuk coway-(boleh tambah jika doh keras)

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan garam,serbuk penaik & yis kedalam tepung kacau.

  2. 2

    Masukkan telur,marjerin & 1 cwn air uli.

  3. 3

    Kemudian tambah lagi air sikit² supaya doh lembut agak melekat pada tangan pada awalnya.

  4. 4

    Uli lagi sampai doh licin tak melekat pada tangan.

  5. 5

    Kuantiti air CheTa tak sukat secara khusus ye MAAF lupa

  6. 6

    Kalau rasa doh dah sesuai diUli tak lembek & tak keras guna air sekadar yang sesuai je.

  7. 7

    Dah elok licin doh tu tutupkan bekas & biarkan selama 45-1jam.

  8. 8

    Untuk giant donut ni CheTa timbang 60gm doh untuk sebiji donut.kalau korang nak saiz yang kiut boleh je kurangkan timbangan tu pada 40-45 gm @ lagi kiut 30gm😅

  9. 9

    Dah siap timbang semua roundingkan doh jadi bulat & tekap dengan penekan donat & tekan dibahagian tengah donat.

  10. 10

    Nak guna acuan donat boleh je lagi senang lagi cepat.tapi CheTa lagi suka buat cara ni,donat lagi cantik & bulat.

  11. 11

    Lepas siap bentukkan donat peram lagi dalam 30 minit baru boleh goreng.

  12. 12

    Untuk topping CheTa hanya salut dengan gula halus bukan gula kastor ye,

  13. 13

    PETUA 1:

    kalau rasa nak cepat kembang doh masukkan dalam kete 30 minit dah berganda naik dia,tak caya boleh try☺️

  14. 14

    PETUA KE 2 pula:
    panaskan oven dlm 10 minit kemudian OFFkan suis oven & masukkan doh yang diUli tadi dengan bekas yang bertutup dlm oven.pun sekejap je kembang dohnya.

    SELAMAT MENCUBA,🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Ditulis oleh

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
pada
Terengganu
CheTa adalah surirumah sepenuh masa..hobi CheTa gemar memasak..suka mencuba resepi dr seberang & pelbagai resepi apa saje yg terlintas depan mata..sumber ilmu yang diperolehi dr group,page,blog @ youtube...jom masak bersama😍😍
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan