Talapia Merah Miang Pla Pao

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

090/Julai2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2250 #TerusMelangkah3k
❤️ 25K Cooksnap Marathon 📸 ❤️

Inspirasi resipi daripada @dapurummi_2010 ☺️. Hidangan ni ringkas je namun sedap. Tak payah makan nasi, meratah lauk ni je pun kenyang dah. Sebab hidangan ni lengkap ada ikan, suhun dan ulam-ulaman.

Resipi asal menggunakan serbuk kunyit manakala hakak menggunakan kunyit hidup. Untuk sambal dia guna lesung batu tapi hakak juga blender sahaja.

Walau apa pun, kita yang buat dia kan. Lain kaedah sekali pun. Jika betul cara memasaknya jadi juga 😌

Talapia Merah Miang Pla Pao

090/Julai2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2250 #TerusMelangkah3k
❤️ 25K Cooksnap Marathon 📸 ❤️

Inspirasi resipi daripada @dapurummi_2010 ☺️. Hidangan ni ringkas je namun sedap. Tak payah makan nasi, meratah lauk ni je pun kenyang dah. Sebab hidangan ni lengkap ada ikan, suhun dan ulam-ulaman.

Resipi asal menggunakan serbuk kunyit manakala hakak menggunakan kunyit hidup. Untuk sambal dia guna lesung batu tapi hakak juga blender sahaja.

Walau apa pun, kita yang buat dia kan. Lain kaedah sekali pun. Jika betul cara memasaknya jadi juga 😌

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2-3 orang
  1. Bahan Ikan Goreng :
  2. 1 ekorikan talapia merah (dikelar)
  3. Secukupnyagaram
  4. 2 incikunyit hidup
  5. 3 sudu besartepung jagung
  6. Secukupnyaminyak masak (untuk menggoreng)
  7. Bahan Sambal :
  8. 4 ulasbawang putih
  9. 7 bijicili padi
  10. 2 helaidaun ketumbar jawa
  11. 1 sudu besarsos ikan
  12. Sedikitgula
  13. Sedikitair
  14. Bahan Pelengkap :
  15. 100 gmsuhun (dicelur)
  16. 1/2 bijitimun Jepun (dipotong memanjang)
  17. Segenggamulam raja
  18. Segenggampucuk gajus
  19. Sedikithirisan limau nipis

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Kunyit hidup dan garam ditumbuk kasar.

  2. 2

    Kemudian garam kunyit disalut pada ikan. Diikuti tepung jagung. Sapu sekata.

  3. 3

    Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.

  4. 4

    Kesemua bahan sambal dimasukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar halus.

  5. 5

    Cadangan Hidangan : Letak ikan talapia goreng dalam bekas / pinggan bersesuaian. Di sampingnya turut diletakkan suhun, timun, pucuk ulam raja, pucuk gajus, limau nipis dan sambal. Sedia untuk dihidangkan.

  6. 6

    Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Nok, ko buat mak terbayang-bayang talapia goreng garing petang-petang niiiiii 🤤🤤🤤

Resipi Sepertinya