Ramuan

3 Jam
5 porsi
  1. 👉 Nasi Pulut
  2. 400 gmBeras pulut
  3. 2 helaiDaun pandan
  4. 250 mlSantan (Kara)
  5. 150 mlAir
  6. 60 gmGula pasir
  7. 1 sudu tehGaram
  8. 2biji Mangga Thailand
  9. Bijan panggang
  10. 👉 Kuah Santan
  11. 150 mlSantan (Kara)
  12. 150 mlAir
  13. 1 helaiDaun pandan
  14. 1/2 sudu tehGaram
  15. 1 1/2sudu kecil Tepung jagung
  16. 👉 Hiasan
  17. Secukup rasa Ceri
  18. Secukup rasa Daun pandan

Cara Memasak

3 Jam
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan

  2. 2

    Nasi pulut: Cuci, kemudian rendamkan beras selama 2 jam, tapiskan, kemudian kukus selama 30 minit/setengah masak, keluarkan dan tuangkan ke dalam bekas/mangkuk

  3. 3

    Masukkan ke dalam periuk, santan, air, daun pandan, gula pasir dan garam, panaskan dengan api sederhana sehingga gula melarut. JANGAN SEHINGGA MENDIDIH

  4. 4

    Tuangkan santan panas ke dalam bekas yang berisi nasi pulut setengah masak, kemudian tutupkan dan biarkan selama 10 minit sehingga santan menyerap, selepas itu gaulkan nasi pulut dengan menggunakan 2 batang penyepit (teknik ini untuk mengelakkan nasi pulut dari patah), selepas itu teruskan mengukus nasi pulut selama 20 minit/sehingga masak

  5. 5

    Kuah santan: Larutkan tepung jagung dengan sedikit air, masukkan ke dalam periuk, Santan Kara, air, larutan tepung jagung

  6. 6

    Masukkan daun pandan, dan garam, kacau rata dan panaskan sehingga kuah santan mendidih dan memekat. Angkat dan ketepikan

  7. 7

    Cara menghidang: Ambilkan 2 sudu besar nasi pulut kemudian dibentuk bujur, susunkan di atas piring hidangan, kemudian siram dengan kuah santan, dan letakkan potongan manga di atasnya, taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan. Nikmatilah..... Selamat mencuba😘😘😘dan Selamat menunaikan ibadah puasa 😊

  8. 8

    Nasi Pulut MANGGA sedia untuk dihidangkan....

  9. 9

    Enak 👍👍👍🤤🤤🤤

  10. 10

    Nyam nyam nyam... Nikmatilah.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

 Jeehan Kitchen
pada
Johor Bahru
I am an ordinary housewife, I have one lovely daughter, I love Cooking, Baking, Traveling, and I like to share recipes that I have ever tried. And I really enjoy this life
Baca lagi

Resipi Sepertinya