
Challenge ini telah tamat
Ramadan 2026: Menjelang Ramadan 🕌🌙
.
Ramadan bakal tiba tak lama lagi. So apa persediaan korang kat dapur untuk menyambut Ramadan nanti?
.
Jom share prep bulan puasa korang dengan kengkawan semua! Mana tau ada antara resipi korang tu yang turut membantu mak pak yang lain kat luar sana, daaaahhh free free dapat pahala berlipat ganda.
.
Apa je resipi yang memudahkan kerja korang kat dapur diterima, contohnya pes, rempah ratus, makanan frozen, bahan perasa / perisa, snek tahan lama, homemade sos dan meal prep.
.
Selamat menyambut bulan puasa 1447H!
.
🔸 Korang boleh hantar seberapa banyak resipi yang korang nak, nak hantar 100 pun boleh.
🔸 Gambar-gambar yang korang guna mesti la korang punya - jangan curi orang lain punya tau.
🔸 Kalau korang nak share link resipi korang kat IG atau FB boleh je tak sapa marah. Yang kita orang marah kalau curi gambar orang lain.
🔸 Kalau korang curi jugak, kita orang akan delete atau sembunyikan resipi korang. Haaa kalau resipi korang hilang 🎵 ha ha tak tau 🎶
🔸 Resipi korang semua kekal tersimpan dengan selamat dalam Cookpad walaupun challenge dah habis.
🔸 Walaupun korang tak boleh guna gambar orang lain, tapi kita orang boleh guna gambar korang untuk tujuan promosi atau mana-mana aktiviti Cookpad eh. Jangan terkejut pulak kalau jumpa gambar korang dalam newsletter, blog atau banner Cookpad.






































