
Challenge ini telah tamat
Ramadan 2026: Raikan Aidilfitri 🕌🌙
Alhamdulillah… dah sampai kita ke bulan Syawal. Masa untuk Raikan Aidilfitri betul betul! 🌙✨
.
Soalan penting. Korang hari raya ni makan apa? Hari pertama ok lagi… hari ke 3, ke 7, ke 15 Syawal tu masih rancak beraya tak? 😆
.
Kami nak ajak korang share resipi yang korang biasa makan untuk raikan Aidilfitri, dan yang memang selalu ada sepanjang bulan Syawal.
.
Apa je boleh. Menu pagi raya, menu open house, lauk kuah kuah, kuih raya, biskut, dessert, minuman raya, sampai la menu “panaskan balik” pun boleh. Resipi guna leftover raya pun onz.
.
Syawal ni kan bulan kunjung mengunjung. Kadang kadang pening fikir nak hidang apa yang senang tapi sedap. So jom lah bantu kengkawan lain dengan idea resipi korang. Mana tau resipi korang jadi penyelamat bila tetamu tiba tiba nak datang.
.
✅ Cara nak join:
Hantar resipi yang korang selalu makan masa Aidilfitri dan sepanjang Syawal. Makanan atau minuman, semua diterima.
.
Jom… kita meriahkan Syawal ni sama sama. Biar feed Cookpad penuh dengan resipi Raikan Aidilfitri sampai habis Syawal! 💪🧡
🔸 Korang boleh hantar seberapa banyak resipi yang korang nak, nak hantar 100 pun boleh.
🔸 Gambar-gambar yang korang guna mesti la korang punya - jangan curi orang lain punya tau.
🔸 Kalau korang nak share link resipi korang kat IG atau FB boleh je tak sapa marah. Yang kita orang marah kalau curi gambar orang lain.
🔸 Kalau korang curi jugak, kita orang akan delete atau sembunyikan resipi korang. Haaa kalau resipi korang hilang 🎵 ha ha tak tau 🎶
🔸 Resipi korang semua kekal tersimpan dengan selamat dalam Cookpad walaupun challenge dah habis.
🔸 Walaupun korang tak boleh guna gambar orang lain, tapi kita orang boleh guna gambar korang untuk tujuan promosi atau mana-mana aktiviti Cookpad eh. Jangan terkejut pulak kalau jumpa gambar korang dalam newsletter, blog atau banner Cookpad.


































