
Challenge ini telah tamat
Cookpad Apron 2026: Masak Western Sendiri Lah
Tak payah pergi kedai mahal, masak western sendiri pun boleh jadi sedap gila! Chicken chop dengan sos black pepper, beef steak medium rare, spaghetti aglio e olio yang wangi bawang putih, mac and cheese yang creamy, atau shepherd's pie yang mengenyangkan — semua boleh buat sendiri dari rumah! Challenge Masak Western Sendiri Lah ni adalah cabaran untuk korang buktikan yang dapur Malaysia pun boleh hasilkan hidangan western yang mantap. Tak kira western classic atau western fusion style Malaysia, semua diterima! Jom masak dan tunjukkan yang korang ni pandai masak pelbagai genre! 🍝🥩
Tema Minggu Ini: Masak Western Sendiri Lah
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi western kegemaran korang
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 13–19 Jul 2026
Challenge ni merupakan sebahagian daripada. Kumpul sekurang-kurangnya 32 poin (1 poin seminggu) dalam perjalanan Cookpad Apron Challenge ni 💪 Jangan sampai tak cukup, pantau progres anda kat Leaderboard 📋
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan






































