
Semangat Jalur Gemilang 🇲🇾
Dah ready nak masak sesuatu yang meriah untuk bulan Kemerdekaan? 🇲🇾
Jom sertai challenge "Semangat Jalur Gemilang"! Pastikan hidangan korang ada sekurang-kurangnya 2 warna dari Jalur Gemilang (merah ❤️ putih 🤍 biru 💙 kuning 💛). Tak kisah resepi warisan keluarga atau kreasi baru, semua boleh join!
Upload resepi, guna hashtag #SemangatJalurGemilang, let's turn our kitchen into a mini Merdeka celebration! 🎉🇲🇾
Contoh hidangan yang boleh guna sekurang-kurangnya 2 warna bendera:
💙🤍 Nasi Kerabu – nasi biru (dari bunga telang) dengan lauk-pauk berwarna-warni, boleh tambah kerabu putih (kelapa parut, taugeh) untuk gabungan biru + putih.
❤️🤍 Kuih Lapis – lapisan warna merah dan putih (atau boleh sesuaikan dengan pewarna semula jadi) mudah untuk capture 2 warna dalam satu hidangan.
🤍❤️💛 Ais Kacang / ABC – ais putih dengan sirap merah dan kuah santan putih, boleh tambah jagung kuning sebagai topping untuk 3 warna sekali.
💛❤️ Nasi Kuning dengan Sambal Merah – nasi kuning (dari kunyit) dipadankan dengan sambal merah pedas, kombinasi kuning + merah yang senang dan sedap.
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi tidak boleh digabungkan dengan #CookpadApron2026
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan
Tempoh Challenge: 1-31 Ogos 2026





















