Masak Lemak Cili Api Biji Cempedak bersama Ayam

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#goldenapron #minggu2

Semasa balik ke kampung pada cuti Raya Haji yang lepas, Yani dapat cempedak yang ditanam oleh Ayahanda di kebunnya. Buahnya sudah selamat digoreng & dimakan bersama keluarga. Kemudian Encik Hubby tanya biji cempedak ni nak buang ke atau buat apa? Teringat pula kisah dulu semasa zaman kanak-kanak. Nenek Yani akan masakkan biji cempedak ni dengan Ayam, buat masak lemak atau kari...sedapnya walaupun baru je teringat . 🤣🤣.. Jadinya, Yani cakap pada Encik Hubby, oklah Yani akan masakkan Biji Cempedak bersama Ayam untuk dia...Boleh bawa bekal ke tempat kerja nanti...😍.Maka terhasillah menu ini..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2bahagian seekor ayam y telah dipotong dan dibersihkan
  2. Biji cempedak yang telah direbus & dibuang kulit
  3. 3 ulasbawang putih (ditumbuk)
  4. 20tangkai Cili Api (boleh kurangkan jika tak suka pedas)
  5. 2 kepingasam keping
  6. 2 ulasbawang besar (ditumbuk)
  7. 1inci halia (ditumbuk)
  8. 1inci kunyit (ditumbuk)
  9. 1 helaidaun kunyit
  10. 2 batangserai (diketuk)
  11. 1/2sudu garam (secukup rasa)
  12. 1 kotaksantan kotak (size kecil)
  13. 3 cawanair (ikut kesesuaian nak kuah pekat yang macamana)
  14. Minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus biji cempedak sehingga empuk dengan air & dicampur sedikit garam. Kemudian toskan air & biar sejuk seketika. Seterusnya kupas kulit biji cempedak tersebut.

  2. 2

    Tumbukkan/ kisar bahan-bahan untuk ditumis: bawang putih, bawang besar, cili api, halia, kunyit. Serai diketuk sahaja.

  3. 3

    Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk/ dikisar dengan sedikit minyak sehingga naik aroma & pecah minyak. Kemudian masukkan ayam & biji cempedak dan gaul rata.. Seterusnya masukkan sekotak santan & air (ikut kuah nak pekat yang bagaimana). Masukkan juga serai yang telah diketuk, daun kunyit, garam & asam keping dalam kuah tersebut. Kacau perlahan sehingga kuah mendidih tapi jangan sampai santan pecah minyak (mengikut orang tua, kalau santan sampai pecah minyak, masakan mudah tidak tahan lama).

  4. 4

    Setelah didih, maka siaplah Masak Lemak Cili Api Biji Cempedak bersama Ayam oleh Yani.😍 Jom cuba resipi mudah ni, apa yang penting: Encik Hubby suka.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya