Lontong goreng ala' kampong

#semangatmerdeka
#fusionantaranegeri
#goldenapron
Lontong cukup popular di Johor.
Biasa kita makan dengan kuah lodeh,kali nie kita pelbagaikan ia.Kita goreng ala-ala macam nasi goreng kampong gitew.Sedap sgt bila korang mkn,nk pulak gigit ikan bilis yg rangup tu.
Jom kita fusionkan masakan negeri menjadi begitu istimewa rasanya.
Selamat mencuba😁✌️
Cara Memasak
- 1
Tumis bwg hiris smpai kekuningan,masukkan sambal belacan.Goreng sekejap campur perencah nasi goreng kampung.Kacau rata.
- 2
Masuk terus nasi impit,karot dan batang sawi.Goreng kacau hingga sekata.Pecahkan telur ditengahnya.Goreng macam kita goreng nasi tu.
- 3
Agak sudah masak semuanya.Tambahkan sedikit kicap manis.Masuk daun sawi,jika kurang masin tambah sedikit garam.Kacau rata.Siap!Cedok kedalam pinggan,tabur cili potong,ikan bilis goreng dan daun bawang.Cukup menyelerakan.Selamat mencuba semua.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Laksam berkuah Lodeh Laksam berkuah Lodeh
#semangatmerdeka #fusionantaranegeri#goldenapronLontong, menu sarapan pagi negeri Johor yang sangat popular begitu juga dengan laksam bagi negeri Kelantan. Kita inovasikan sedikit dua menu ini.. Jadilah Laksam berkuah Lodeh. Hafiza Muaddah -
Nasi lemak hujan panas Nasi lemak hujan panas
#semangatmerdeka#fusionantaranegeri#goldenapronBerikan kelainan pada masakan,baru selera datang menerpa.Selalu kita buat nasi lemak putih biasa,kali nie kita beri sedikit warna padanya.Biar menarik dan sedap mata memandang.Selamat mencuba semuanya.😁✌️ Leesa Alif -
Lontong kuah lodeh Lontong kuah lodeh
#lontongNi kali pertama CheTa masak lontong tau..nak buat lontong stail orang jawa memang tak mampu sebab tiada acuan lontong tu..jadi CheTa guna nasi impit sahaja sebagai ganti..kuah lodeh dia insyaaAllah mmg kena dengan selera kami..CheTa buat sedikit sambal bilis mmg terangkat habis😋😋😋 ZuitaAisyah -
Lontong Goreng Lontong Goreng
#unique2u #goldenapron2020 Biasa bila sebut Lontong, akan terbayang makan bersama kuah lodeh. Lontong Goreng ni kali kedua saya mencuba. Uniknya Resepi ni bagi saya kerana kita boleh pelbagaikan rasa mengikut citarasa kita sendiri. Epit Orange -
Lontong Goreng ✨🌸 Lontong Goreng ✨🌸
Nasi impit leftover haritu kita buat lontong goreng. Nurul Kefftya -
Penne goreng m'sia style Penne goreng m'sia style
#semangatmerdeka#fusionantarabangsa#goldenapronMenu ceqleesa ptg nie.Jemu dengan mee goreng,kotieow,dan bihun...jom tukar pula dgn penne goreng.Style kan cara m'sia pasti bertepatan dgn tekak kita. Leesa Alif -
Lontong kuah lodeh Lontong kuah lodeh
#semangatmerdeka#masakannegeri#goldenapronMakanan kesukaan orang selatan tanahair.Kini serata negeri pun menyukainya.Sedap dimakan tak kira masa,musim perayaan apatah lagi.Juadah yang cukup memikat selera semua.Sedap hirup kuah sampai licin. Leesa Alif -
Lontong Goreng Bayam Brazil Lontong Goreng Bayam Brazil
#lontong#goldenapron2020Menu lontong goreng ini adalah olahan dari lebihan ketupat nasi. Menu ini sangat popular dikalangan masyarat Johor. Resepi nya mudah dan senang disediakan. Ditambah dengan bayam Brazil agar keseimbangan zat dan warna terhasil. Ana Ahmad -
Lontong Goreng Lontong Goreng
Saya ingin kongsikan resepi lontong goreng yang mana resepi ini dari arwah ibu saya iaitu Kamisah atau Cik Cah. Lontong goreng adalah salah satu signature dish yang dijual di warung arwah ibu saya yang mana hasil jualan dari warung tersebut dapat menyara kami sekeluarga dan menyekolahkan kami adik beradik. Dulu warung arwah ibu saya terletak di Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Diharap tuan/puan dapat mencuba resepi ini lebih2 lagi jika terdapat lebihan nasi impit agar ia tidak dibazirkan. Norazilah Masro -
Lontong ala Johor Lontong ala Johor
#lontong#goldenapron2020Ini kali pertama akak masak lontong. Akak orang Terengganu, kat sini makanan ni sangat lah rare. Kalau hari raya pun, jiran akak dari Kelantan yang bagi tiap-tiap tahun.Akak kenal lontong pun lepas kahwin dengan en.suami. Pernah tolong mak mertua buat tapi sekali je, dan tak rasa nak belajar pun sebab tak biasa makan.Kebetulan ada contest ni, dan rumah mak ada buku resepi, akak kaji la buku tu. Best nya, dia ada resepi setiap negeri. Dan ada dua negeri dia letak lontong ni. Akak kaji jugak la, negeri Selangor, cara dia kena tumis dulu. Kalo negeri Johor, tak perlu tumis. Jadi, akak pun ikut resepi Johor.Alhamdulillah, bagi mak ayah makan pun, diorang kata sedap. Jadi, simpan sini untuk akak refer. Mana tau in the future nak buat lagi kan. 😊 AeJaa 📸 -
Lontong dan Sambal Sotong Lontong dan Sambal Sotong
Bila dapat tajuk menu lontong, termenung kejap sebab dah lama tak masak lontong, kuah lodeh dan sambal. Biasanya kombinasi yang saya panggil lontong ini popular di hari lebaran. Tapi lebaran kali nie masak menu lain. Nak kena ingat semula dan asyik terlupa jea nak masak sebab kesibukan tugasan harian. Pastu tetiba teringat ku belum masak lagi. Apa lagi kalut la nak kena masak. Kali nie lontong bersama lodeh dan sambal sotong sebab sambal sotong nie feberet anak-anak. Jom cuba menu ini 😘#lontong#goldenapron2020 #minggu8 Noor Hassan -
Lontong Goreng Lontong Goreng
#lontong#goldenapron2020Lebihan nasi himpit lontong hari tu, dah banyak hari simpan dalam peti ais. Kuahnya dah habis, tapi sambalnya ada lagi sikit.Bila google, saya jumpa banyak resepi lontong goreng. Jadi saya pun cuba hari ni.Resepi dan bahan saya olah menggunakan bahan-bahan yang ada dalam dapur sahaja. Norashikin Rahmat
Komen