Kuih Abok-Abok

#goldenapron
#mingguketujuh
#sarapan
Kelmarin masa pulang ke kampung suami,saya sempat menyinggah ke pasar malam di Air Hitam.Ada pakcik ni jual gula Melaka asli.Sudahlah murah harganya.Teringat akan jiran menyebut tentang gula Melaka minggu sudah.Saya terus beli 2 kilo untuk dibahagi kepada jiran.
Bila terpandang gula Melaka,macam-macam menu untuk dicuba.Hai la badan..mesti bertambah berat la gamaknya.
Entah berapa kali saya menelan air liur sambil terbayang-bayang kuih Abok-Abok.
Hari ni saya gigih menghasilkannya.Sangat mudah dan enak.Terima kasih mak mertua sentiasa mengajar saya cara untuk buat kuih tradisional.
Kuih Abok-Abok
#goldenapron
#mingguketujuh
#sarapan
Kelmarin masa pulang ke kampung suami,saya sempat menyinggah ke pasar malam di Air Hitam.Ada pakcik ni jual gula Melaka asli.Sudahlah murah harganya.Teringat akan jiran menyebut tentang gula Melaka minggu sudah.Saya terus beli 2 kilo untuk dibahagi kepada jiran.
Bila terpandang gula Melaka,macam-macam menu untuk dicuba.Hai la badan..mesti bertambah berat la gamaknya.
Entah berapa kali saya menelan air liur sambil terbayang-bayang kuih Abok-Abok.
Hari ni saya gigih menghasilkannya.Sangat mudah dan enak.Terima kasih mak mertua sentiasa mengajar saya cara untuk buat kuih tradisional.
Cara Memasak
- 1
Sagu biji direndam selama 20minit kemudian di toskan.Dalam satu mangkuk,campurkan sagu biji,kelapa parut dan garam.Gaul rata.
- 2
Daun pisang dibersihkan dan disalai seketika.Kemudian bentukkan tiga segi atau kon.
- 3
Masukkan 1 sudu sagu biji,lapiskan dengan 1 sudu gula Melaka kemudian dilapiskan lagi dengan 1 sudu besar sagu biji.Lipat dan kemaskan.Susun didalam loyang pengukus.
- 4
Kukus sagu selama 15-20 minit.Siap!!
Resipi Sepertinya
-
Kuih Sagu Merah dan Koktail Sagu Merah Kuih Sagu Merah dan Koktail Sagu Merah
Tujuan utama nak guna banyak banyak bahan pantry serentak. Maka terhasillah resepi Kuih Sagu Merah dan Koktail Sagu Merah. Ada 3 cara untuk makan kuih ini.1. Kuih Sagu Merah. Biasanya Kuih Sagu Merah, rasa manis, kan? Resepi sagu merah ini kurang gula, jadi kalau nak manis kena tambah 5 sudu besar gula lagi sebelum dikukus.2. Kuih Sagu Merah Cicah Air Gula Melaka. Sebenarnya kuih ini dapat inspirasi daripada kuih Lopes. Sedap juga. Tapi kalau air gula Melaka tekstur lagi pekat, lagi sedap.3. Koktail Sagu Merah dan Buah Anggur. Sedap koktail ini. Sebab ada rasa lemak susu cair, rasa manis Gula Melaka, rasa masam buah anggur dan rasa kenyal biji sagu. Best!#GlobalApron2024#Challenge4#Moreh#SaguDaunPandanGulaMelakaKelapaParutAnggur Alia Ali -
Buah Melaka/Onde-onde Buah Melaka/Onde-onde
Buah Melaka atau dipanggil juga sebagai onde-onde atau kuih kolopong jika di Negeri Sembilan.Kuih ini dipanggil sebagai buah Melaka kerana ia menggunakan gula Melaka sebagai intinya. Jika anda terbayangkan kuih ini, pasti boleh tertelan air liur tau. Dengan tekstur kuihnya yang kenyal sedikit, digabungkan dengan rasa lemak kelapa parut yang bersalut dan ditambah pula dengan gula melaka yang cair apabila dikunyah.#merdeka2020#goldenapron2020 Nora Hj Talib -
Kuih Lepat Liat Mak Munah Kuih Lepat Liat Mak Munah
Kuih Lepat Liat adalah kuih tradisi yang berasal dari negeri utara. Bila google, kuih yang liat dan manis ni, ada beberapa resepi yang ada. Resepi ni dari mak yang berusia 80 tahun, berasal dari Perak utara. Dulu, mak selalu buat kuih ni untuk bekalan dia ke bendang. Kuih yang menjadi kesukaan adik beradik mak dan kini anak-anak saya juga. Jom cuba resepi mak Kak Lat ni. LATIPAH NAWAWI -
Kuih Lopes Kuih Lopes
Fuhh..dah berkurun tak buat kuih lopes ni..last buat tahun 2015. Mulanya saya ikut cara mak mentua saya. Dia tanak beras pulut dengan air daun pandan, kemudian bungkus dengan daun pisang. Lepas tu dia rebus lagi. Tapi kali ni saya ikut cara yang original orang buat, iaitu rendam beras pulut dengan air daun pandan semalam. Kemudian, bungkus dengan daun pisang mentah2, baru di rebus hingga masak. Sedap makan dengan air gula melaka yg pekat2. Kuih lopes ni adalah kuih kegemaran suami saya.. berselera dia makan.. Nor Al Fatihah -
Kuih Buah Melaka a.k.a Onde-Onde (Maraton Ramadhan) Kuih Buah Melaka a.k.a Onde-Onde (Maraton Ramadhan)
Kuih Buah Melaka atau juga dikenali sebagai Kuih Onde-Onde. Merujuk kepada sejenis Kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum). Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. Di Indonesia ia dikenali dengan nama "Klepon". Di Brunei pulak ia dikenali sebagai "kuih pancit". Untuk memberikan kelainan pada warna Kuih Buah Melaka ini saya saya menggunakan Bunga Gelang, sebagai pewarna biru. Biasanya Kuih Buah Melaka ini berwarna hijau dan air dari pandan. Ini adalah kuih kegemaran kami sekeluarga 😁 Jeehan Kitchen -
Kuih Lopes Pandan Kuih Lopes Pandan
#goldenresipi#semangatmerdeka#masakanselangor#masakannegeriSudah tiga minggu suami teringin kuih lopes,selama tiga minggu tu juga saya pekakkan telinga dengar dia memerli saya.Dua hari lepas mama beri sebungkus beras pulut kepada saya untuk dibawa pulang.Wahhhhh anak saya menjerit “pulut kuning!!pulut kuning”Tiba-tiba saya teringat permintaan suami.Tak apalah,separuh akan saya buat lopes yang dia idamkan dan separuh lagi akan saya buat pulut kuning.Tapi entah bila agaknya mood tu akan hadir.Berbalik kepada cerita kuih lopes,saya percaya kita semua pernah makan kuih lopes tak kira dinegeri atau daerah mana anda berada.Mungkin nama atau cara memasak berbeza.Saya lebih gemarkan cara tradisional dimana nikmatnya rasa pandan dan keharuman daun pisang membuatkan saya menelan air liur terdahulu sebelum lopes sampai kedalam mulut.Kebiasaannya orang lain tidak menggunakan santan,tetapi di daerah saya,orang lama(orang tua-tua) akan campurkan sedikit santan untuk menaikan rasa lemak pada beras pulut.Yang penting penggunaan utamanya iaitu daun pandan segar akan memberi keenakkan rasa sebenar kuih lopes.Tentang bentuknya pula,ada yang berbentuk segitiga,petak dan bulat itu bergantung kepada anda sendiri.Bagi saya asalkan rasanya sedap itu lebih penting dari bentuknya.(Sebenarnya saya tak pandai buat bentuk segitiga) 🤦♀️Saya kongsikan resipi dan cara-cara untuk membuatnya supaya anda semua mudah memahami dan bersemangat untuk memasak. Gyna Elenna -
Kuih Sagu Kuih Sagu
#cookpadworlddessertResipi mudah ini saya buat dengan menggunakan bahan-bahan yang sediada di rumah sahaja memandangkan sekarang adalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan sukar untuk saya keluar ke kedai bagi membeli barang-barang.Demi untuk memberi sokongan kepada #cookpadworlddessert,maka di saat-saat akhir,dapat juga saya menyiapkan kuih sagu ini. Selamat mencuba. Zareena Shahmarudin -
Kuih Sagu Kelapa Kuih Sagu Kelapa
Kuih sagu kelapa ni, antara kuih yang mudah disediakan dan digemari oleh saya sekeluarga. Selain nama Sagu Kelapa ada juga yang menggelar kuih ini sebagai kuih Telur Katak dan Bronok. aisha ridwan -
Kuih Sagu Kuih Sagu
#bdayminsha2020challenge #misiminshaHai, Assalamualaikum. Last week tertinggal nak up satu resipi😂. Tapi minggu ni Yani nak kongsi cara mudah buat kuih tradisional ni. Yani pun pertama kali buat. Biasanya jumpa atau makan kuih ni kalau ada di kenduri atau beli di gerai jual kuih.Jom cuba ikut langkah mudah yang dikongsikan. Yani pun cuba, Alhamdulillah menjadi dan dapatlah kongsi kuih ni dengan jiran sebelah rumah. Makan bersama teh o' suam pun sedap sangat. Nur Azliani Amer -
Kaswi Gula Melaka Asli Kaswi Gula Melaka Asli
#goldenapron#minggukeduapuluh#saturesipisatupohonDah lama saya tak buat kuih kaswi. Selalu beli sahaja. Padahal nak sediakan amat mudah cuma kemalasan sangat menebal.Sebenarnya saya dah buat air gula tu 4 hari lepas.Tapi akibat kekangan masa dan kerja yang banyak, baru hari ni saya sempat buat kuih kegemaran anak-anak. Maklumlah cuti sekolah baru bermula, anak-anak asik lapar saja.Kali ini saya gunakan gula Melaka asli.Rasanya sangat berbeza dari yang beli mahupun yang saya buat sebelum ini. Rasanya lebih sedap. Terngiang-ngiang keenakan gula Melaka asli yang sememangnya lain dari yang lain.Selamat mencuba!! Gyna Elenna -
Pulut Inti Gula Melaka Pulut Inti Gula Melaka
#goldenapron.Kuih pulut inti gula melaka ini adalah kuih tradisional yang menjadi kegemaran saya. Rasa lemak pulut digandingkan dengan kemanisan gula melaka di dalam bungkusan daun pisang membuatkan kita akan menikmatinya tanpa henti. Zareena Shahmarudin -
Inti Kelapa Manis Inti Kelapa Manis
Inti kelapa manis ni memang kegemaran mak saya. Kalau takde gula melaka/nise/gula apong, mak akan guna gula pasir dan mak suka tambah kacang tanah yang ditumbuk kasar pada inti kelapa manis ni.Inti kelapa manis ni boleh dibuat untuk inti untuk kuih tepung gomak, kuih ketayap, pau kukus/goreng, roti ban, kuih bom bijan dan banyak lagi.Cc :@elt4suri4 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen