Dim Sum ayam

IntanNS
IntanNS @cook_17627977
Taiping, Perak

#misihalfestminsha
#goldenapron

Kebetulan minsha Sasha Sabrina minta inovasi masakan sendiri sempena kunjungan beliau ke Halfest.

Ibu tanya pada Adam, nak makan dimsum tak?
Jawabnya,

"Ibu, dimsum tu apa?"

Alahai sayang ibu. Memang ibu belum kenalkan pun. Sebab ibu belum jumpa versi bebas gluten. Maka, cubaan berinovasi lah kita.

Sambil beliau membantu, ibu tunjuklah yang doh dicanai leper, kita isi inti ayam bersama 'gravy' pilihan kita.

" Oh, kuih ada poket rupanya!"
Jerit beliau gembira.

Hahaha. Comel sungguh nama. Mulai hari ini, ibu takmo panggil dimsum lah. Kuih poketlah. Versi Taiping. ❤️

.

Jom buat kuih poket Doraemon!

Dim Sum ayam

22 orang bercadang membuatnya

#misihalfestminsha
#goldenapron

Kebetulan minsha Sasha Sabrina minta inovasi masakan sendiri sempena kunjungan beliau ke Halfest.

Ibu tanya pada Adam, nak makan dimsum tak?
Jawabnya,

"Ibu, dimsum tu apa?"

Alahai sayang ibu. Memang ibu belum kenalkan pun. Sebab ibu belum jumpa versi bebas gluten. Maka, cubaan berinovasi lah kita.

Sambil beliau membantu, ibu tunjuklah yang doh dicanai leper, kita isi inti ayam bersama 'gravy' pilihan kita.

" Oh, kuih ada poket rupanya!"
Jerit beliau gembira.

Hahaha. Comel sungguh nama. Mulai hari ini, ibu takmo panggil dimsum lah. Kuih poketlah. Versi Taiping. ❤️

.

Jom buat kuih poket Doraemon!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Untuk kulit dimsum (poket)
  2. 1 cawantepung beras
  3. 1/2 cawantepung ubi kayu
  4. 1/2 cawanair panas
  5. Inti poket
  6. 300 gmisi ayam
  7. 1biji telur
  8. 1/3 sudu tehgaram Himalaya
  9. 1/2 batanglobak merah disagat halus
  10. 1/2 cawancendawan di dadu halus
  11. Sos pencicah masam manis
  12. 3biji cili segar
  13. 1biji tomato
  14. 1 sudu tehjus lemon
  15. 1sudu tepung pemekat (ibu guna tepung ubi kayu)
  16. 1/2 sudu tehgaram Himalaya
  17. 2 sudu tehgula tebu organik

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan adunan kulit dimsum (poket). Caranya satukan tepung ubi kayu dan tepung beras. Masukkan air panas. Gaul hingga menjadi doh. Bahagikan pada bahagian bulat-bulat kecil.

  2. 2

    Doh kecil ini, ibu gunakan serbuk kunyit dan serbuk paprika sebagai pewarna alami. Ibu sebolehnya elak guna pewarna sintetik. Jadi cara yang sama, uli doh hingga warna menyelaputi. Cantik kan kejadian warna kunyit tu seperti corak marble.

  3. 3

    Canai doh dan leperkan menggunakan roller pin. Make sure betul-betul nipis tau, baru sedap poketnya nanti.

  4. 4

    Untuk inti poket/dimsum. Kisar isi ayam dan telur. Masukkan lobak merah diparut dan cendawan. Gaul rata. Simpan dahulu adunan Inti di peti ais.

  5. 5

    Penyediaan sos cicah. Kisar semua bahan-bahan seperti senarai di atas. Masak seketika di atas api.

  6. 6

    Poket yang dicanai tadi, isikan dengan intinya.

  7. 7

    Kaup seperti corak bebunga empat penjuru. Tarik lagi bahagian bucu lekuk jadikan kelopak lagi.

  8. 8

    Jadilah kan bentuknya. Anak yang tolong buatkan ni.

  9. 9

    Alas pengukus kita dengan baking paper supaya kuih poket tidak melekat. Didihkan air di loyang pengukus. Baru letak dulang pengukus bersama poketnya. Tutup. Masak selama 15 minit. Jangan dibuka penutup dalam tempoh ini ya. Supaya poket kita tidak 'berpeluh melendir'.

  10. 10

    Yey. Sedia dihidang bersama sos masam manis yang kita buat tadi.

  11. 11

    Jika suka versi garing, gorengkan seketika poket dikukus tadi itu secara shallow fry.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
IntanNS
IntanNS @cook_17627977
pada
Taiping, Perak
Sukakan homemade dan masakan sihatJemput follow saya diTelegram, Instagram dan Facebook pageGeng Mak Masak Sihat
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya