Tom Yum Kung versi Siam #phopbylinimohd #batch18

#goldenapron Cuaca masih berjerebu, tekak pula teringin nak makan Tom Yum Kung. Kebetulan cukup semua bahan di rumah. Jadi boleh la masak!
Tom Yum Kung versi Siam #phopbylinimohd #batch18
#goldenapron Cuaca masih berjerebu, tekak pula teringin nak makan Tom Yum Kung. Kebetulan cukup semua bahan di rumah. Jadi boleh la masak!
Cara Memasak
- 1
Mula-mula, masukkan 3 cawan air ke dalam periuk
- 2
Tanpa perlu tunggu air mendidih, masukkan 6 sudu makan paste Tom Yum jenama adabi
- 3
Terus masukkan 6 sudu makan jus limau dan kacau
- 4
Sementara tunggu air mendidih, masukkan 3 tangkai serai (diketuk) dan 6 helai daun limau
- 5
Masukkan pula udang dan sotong. Kacau sebati masakkan
- 6
Kemudian, masukkan terus lobak merah, kubis bunga, cendawan dan cili padi tadi
- 7
Sementara mendidih, masukkan 1 biji bawang holland
- 8
Setelah mendidih, masukkan 2 sudu makan susu krimer cair
- 9
Akhir sekali, masukkan 1 sudu teh gula dan garam
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Tom Yum Ayam Tom Yum Ayam
Alhamdulillah..Resipi tom yum ayam simple menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.. 😊#bazaarramadanNur Aqeela Shakeera
-
👩🍳Thai Tom Yum (ayam) 👩🍳Thai Tom Yum (ayam)
Resipi tom yum paling mudah dan cepat siap di tahun baru 2024. Pes tom yum Thai ini memang terkenal dan digunakan oleh ramai suri rumah.Kalau dahulu agak susah untuk mendapat bekalan pes autentik ini tetapi sekarang boleh saja shopping online untuk dapatkan stoknya.Dengan menambahkan pes ini ke dalam air mendidih dengan sukatan sesuai, kita dapat menikmati rasa tom yum seperti tom yum Thai.Cuma… kita perlulah tambah isi protein dan sayuran apa yang kita gemari ataupun yang kebetulan kita ada stok di dapur.Selalunya sayur asas tomyam ialah serai, daun limau purut, putik jagung, carrot, cendawan, cili padi, kubis bunga. Selebihnya tambahlah apa saja yang sesuai dan disukai.Hirup panas2, dengan telur dadar Thai dan sambal belacan.. memang bertambah2 nasi🤗#pejuang2KResipi#NewYearNewRecipe1885/2K33/2024 Mahadiah -
Kuey teow tom yum Kuey teow tom yum
Malam ni tak nak makan nasi jadi terhasilah kuey teow tom yum selamat mencuba❤️ #goldenapron2020 KAM -
Tom yum ayam kegemaran my ma Tom yum ayam kegemaran my ma
Setelah mencuba beberapa tip dan resepi tom yum akhirnya rasa tom yum ini yg kena dengan selera saya dengan my mom. My mom mmg susah nk mkn tom yum tpi dengan resepi ini dia slalu mintak saya sediakan.Ada petua yg saya dapat, di akhir masakan tom yum ini boleh diletakkan air basuhan beras dlm secawan utk pekatkan kuahnya, tpi resepi kali saya tidak menggunakan air beras cuma guna air biasa sahaja.Saya lebih suka tom yum yg ditumis bahan nya kerana rasanya lebih pekat berbanding tom yum yg tidak ditumis namun berbalik kepada selera masing². Selamat mencuba❤️ #goldenapron2020 KAM -
ต้มยำกุ้ง tom yum campur 🇹🇭 ต้มยำกุ้ง tom yum campur 🇹🇭
sah wah dee khrap!!!! Kita ke Thailand plk ini kali 😆. Tom yum campur jarang² kat rumah ad seafood sbb semua ada alahan memasing! So beli seafood kat pasar hari tu sbb nk mkn sangat kan allahmdulillah. So buatalah tom yum utk berbuka puasa nanti pedas² masam dap kan selamat mencoba❤️❤️ #cppassport tulisan thai tu Google je klau salah maaf kan jerlah 😆😆 KAM -
👩🍳Tom Yum Ayam Thai 🇹🇭 👩🍳Tom Yum Ayam Thai 🇹🇭
Global Apron 2024 Challenge 33: A Taste of Thai 🇹🇭Sawasdee🤗Ingat Thai ingat Tom yum..Tom yum atau tom yam (Thai: ต้มยำ, )ialah koleksi masakan sup pedas dan masam Thai. Rasa yang kuat, pedas dan masam menjadikannya sangat popular dalam masakan Thai.Nama "tom yam" terdiri daripada dua perkataan bahasa Thai. "Tom" merujuk kepada proses mendidih, manakala "Yam" bermaksud bercampur.Di Thailand, Tom Yam boleh didapati dalam pelbagai jenis, yang paling popular ialah "Tom Yam Nam Khon" (Sup Tom Yam Berkrim), dan "Tom Yam Nam Sai"(Sup Tom Yam Jernih). Sup ini mempunyai pelbagai bahan utama, termasuk udang, daging, ayam dan makanan laut.. Jom start challenge dgn hidangan Tom yum🤭Ayam (1 p)Tomato (1 p)Serai (1 p)Halia (1 p)Lengkuas (1 p)Daun ketumbar (1 p)Daun limau purut (1 p)Limau nipis (1 p)Cili Thai (2 p)Sos nampla (2 p)Pes cili thai (2 p)Total= 14 p✅#GlobalApron2024#Challenge33#ATasteofThai#AyamTomatoSeraiHaliaLengkuasDaunketumbar#DaunlimaupurutLimaunipisCilithaiSosnamplaPescilithai2284/3K427/2024 Mahadiah -
🧑🍳Sup Tom Yum Bersantan Quick Fix 🧑🍳Sup Tom Yum Bersantan Quick Fix
Jumpa produk ni Roi Thai Instant Soup-Tom Yum Soup with coconut milk dengan harga RM11.50 untuk kotak 500mlTak perlu tambah air dan santan kerana semua telah tersedia.Memang sesuai untuk menu ‘quick fix’ nak siap lauk cepat untuk lunch atau dinner.Tak perlu risau nak tambah bahan-bahan lain kerana bahan yang sepatutnya ada dalam masakan tom yum seperti lengkuas, daun limau purut, serai,cili,sos ikan,pes cili,jus limau nipis,gula dan garam sudah dimasukkan didalamnya. Memang lengkap!Hanya perlu tambah isi ayam atau udang/sotong (yang cepat masak) dan sayur yang cepat masak juga untuk nikmati sup tom yum bersantan yang sedap.#Quickfix#OctoberChallenge2291/3K434/2024 Mahadiah -
Tom Yam Nam Khon Versi Susu Pekat Tom Yam Nam Khon Versi Susu Pekat
Tom Yam Nam Khon ini adalah variasi tom yam jenis baru yang berkuah pekat kerana diletakkan santan atau susu cair. Kebiasaannya dihidangkan dengan lauk udang yang besar. Bagi yang suka rasa tom yam yang lebih kaw boleh cuba tom yam jenis ini. Saya guna susu pekat bagi menggantikan santan sebab nak mudah hehe.#goldenapron2020 GreenButterfly -
Tom yum poh tek Tom yum poh tek
#goldenapron2020Anak sulung dalam rumah bangun pagi2 tiba2 request nak Tom yum bersantan. Al maklumlah semenjak MCO hari tu kami memang tak makan kat luar. Jadi mommy buat ni khas buat anak sulung mommy. Allyia -
Tom Yum Ayam Paduuu 🇹🇭 Tom Yum Ayam Paduuu 🇹🇭
Haritu dah try seafood tom yum, kalini try ayam pulak. Cukup mudah !#cppassport Nurul Kefftya -
Kerabu Maggi Tom Yam 🇹🇭 Kerabu Maggi Tom Yam 🇹🇭
Teringin nak makan kerabu maggi tapi susah betul nak dapat stock maggi siam. So sy gunakan maggi tom yam sahaja...#cppassport Noor Atika Mahamood -
Tom Yam Udang Tom Yam Udang
Resepi Tom Yam Udang kali ini, Kak Long letak daun ketumbar. Sebenarnya daun ketumbar banyak khasiatnya. Dulu Kak Long tak suka bau daun ketumbar sebab bau ia terlalu kuat dan tekak tak boleh terima . Tapi lelama eh.. macam sedap la pula. Sekarang daun ketumbar Kak Long makan buat ulam. Bagus untuk turunkan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko sakit jantung. Dalam masakan Tom Yam Udang kali ini bukan saja daun ketumbar Kak Long gunakan tetapi Kak Long gunakan juga akar ketumbar di rebus dan di masukkan ke dalam kuah Tom Yam. Untuk asam, Kak Long tak guna asam limau, tetapi Kak Long gantikan dengan asam keping. Manakala untuk perasa masin Kak Long gunakan air sotong sahaja tanpa memasukkan garam .#CookEveryPart4 Nana Isya
Lebih Banyak Resipi
Komen