Nasi Ujang Ayam #phopbylinimohd #batch18

Teringin sangat nak makan nasi dengan sesuatu yang pedas. Dan mahu masak ayam dan sayur dalam satu lauk. Pedas, mudah dan puas semuanya dalam satu hidangan! .
Nasi Ujang Ayam #phopbylinimohd #batch18
Teringin sangat nak makan nasi dengan sesuatu yang pedas. Dan mahu masak ayam dan sayur dalam satu lauk. Pedas, mudah dan puas semuanya dalam satu hidangan! .
Cara Memasak
- 1
Tumbuk cili api dan bawang putih sehingga lumat.
- 2
Potong pendek Kacang Panjang.
- 3
Dada ayam di potong dadu.
- 4
Selepas semua bahan disediakan, panaskan minyak 3 sudu makan.
- 5
Masukkan bahan yang ditumbuk iaitu cili api dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
- 6
Kemudian, masukkan Sos Tiram dan kacau.
- 7
Masukkan dada ayam yang telah dipotong dadu. Kacau selalu, elakkan hangit.
- 8
Apabila ayam dilihat hampir masak, masukkan kicap manis. Kacau sekali sekala sehingga ayam masak.
- 9
Masukkan hirisan bawang besar, bawang holland dan kacang panjang. Tambah 1/4 cawan Air untuk berkuah. Biarkan selama 3 minit sehingga mendidih sambil kacau sekali sekala.
- 10
Tutup api. Hidangkan Ujang Ayam bersama Nasi Putih, Telur Mata dan hirisan timun.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi















Komen