Ayam goreng kunyit serai

Narimah Othman
Narimah Othman @cook_17386646
Selangor

#goldenapron
#minggu 12
#1post1hopev2
#kunyit
Ayam goreng ini biasa la selalu sangat permintaan anak-anak tapi kali ini saya tambahkan serai. Serai tu hiris halus dan ambil bahagian lembut sahaja kalau yang keras nanti susah pulak nak kunyah ye tak?
Saya memang peminat bawang kalau boleh nak letak banyak-banyak tapi nak kena pikir perut orang lain juga kan boleh terima atau tidak.
Jadi jom cuba resepi ni sedap bau aroma serai..

Ayam goreng kunyit serai

4 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
#minggu 12
#1post1hopev2
#kunyit
Ayam goreng ini biasa la selalu sangat permintaan anak-anak tapi kali ini saya tambahkan serai. Serai tu hiris halus dan ambil bahagian lembut sahaja kalau yang keras nanti susah pulak nak kunyah ye tak?
Saya memang peminat bawang kalau boleh nak letak banyak-banyak tapi nak kena pikir perut orang lain juga kan boleh terima atau tidak.
Jadi jom cuba resepi ni sedap bau aroma serai..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 300 gmdada ayam
  2. 1sudu kecil serbuk kunyit
  3. 1/4 sudu tehgaram ikut citarasa
  4. 1/2biji bawang holland
  5. 1 batangserai dihiris halus
  6. 5biji cili api di hiris
  7. 1 batangCarrot dibuang kulit dan dihiris
  8. 150 gmkobis dihiris halus
  9. 1/4 sudu tehmaggi cukup rasa
  10. 1/4 sudu tehgula perang
  11. 1/4 sudu tehgaram ikut citarasa

Cara Memasak

  1. 1

    Ayam digaul bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng dengan api sederhana. Hiris bawang holland, cili api, serai, carrot dan kobis.

  2. 2

    Dalam kuali yang sama, masukkan bawang holland, serai dan cili api. Masak hingga naik bau. Masukkan carrot dan kobis. Kacau dan masak sehingga sebati dan carrot masak tidak terlalu lembut. Akhir sekali, masukkan maggi cukup rasa, gula dan garam. Kacau sehingga bercampur dan sebati.

  3. 3

    Alihkan dalam pinggan san sediakan nasi panas-panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Narimah Othman
Narimah Othman @cook_17386646
pada
Selangor
Pastry Lecturer
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya