Kerabu Mangga

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

Kerabu mangga ada macam-macam jenis tapi resepi yang nie simple dan sangat sedap. Ratah macam tu pun boleh, sampai tak sedar-sedar dah habis 😜 #goldenapron

Kerabu Mangga

4 orang bercadang membuatnya

Kerabu mangga ada macam-macam jenis tapi resepi yang nie simple dan sangat sedap. Ratah macam tu pun boleh, sampai tak sedar-sedar dah habis 😜 #goldenapron

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5-7 orang
  1. 5biji mangga epal yang muda
  2. 3 ulasbawang merah (hiris nipis)
  3. 3 batangserai (hiris nipis)
  4. 1biji tomato
  5. 1/2inci belacan
  6. 2sudu besar sos ikan
  7. 5-7biji cili padi (Jika ingin lebih pedas, boleh tambah lagi)
  8. 1pokok daun ketumbar
  9. 1-2sudu besar gula perang (bergantung kepada kemanisan)
  10. 3-4biji air jus limau nipis
  11. 1sudu besar air masak

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Mangga epal rasanya lemak dan kurang masam. Boleh juga mangga muda jenis lain. Jika mangga tu masam, hanya kurangkan jus limau nipis

  2. 2

    Potong halus semua bahan-bahan seperti dalam gambar. Letak tepi

  3. 3

    Masukkan sos ikan, jus limau nipis, 1 sudu besar air masak, belacan, gula, hancurkan dan sebatikan. Garam tidak perlu sebab belacan dan sos ikan sudah rasa masin

  4. 4

    Masukkan semua bahan yang sudah dipotong halus dan kacau.

  5. 5

    Gaul sebati. Walla! Sedia untuk dimakan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya