Nasi Goreng Cina

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#bekal
#cookpadmalaysia
Selama 6 bulan anak menjalani praktikal di pejabat kerajaan di sini hampir setiap hari kita bekalkan masakan dari rumah untuknya.Katanya dia dah jemu makan di luar,menghabiskan masa pengajian selama 3 1/2 tahun di UUM Sintok,Kedah dan tinggal di asrama,dia rindukan masakan airtangan ibu....
Kita masak resepi mudah,biasa-biasa sahaja tetapi sedap dan sentiasa memastikan menu untuknya mencukupi vitamin yang diperlukan supaya tubuh kekal sihat.Untuk itu kita tidak lupa bekalkan sekali buah-buahan dan minuman untuknya.
Hari ini kita bekalkan Nasi Goreng Cina bersama pelengkapnya buah Strawberi,Limau Mandarin dan air mineral.

Nasi Goreng Cina

6 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1mangkok besar penuh nasi semalam
  2. 30 grambutter (anchor salted)
  3. 12ekor udang saiz sederhana
  4. 4 ulasbawang putih dicincang halus
  5. 100 gramisi ayam dipotong dadu
  6. 1 camcateh penuh serbuk lada sulah
  7. 1 camcateh garam gunung Saji
  8. 1/4biji lada benggala merah dipotong dadu
  9. 3 batangdaun ketumbar dihiris halus
  10. 1biji telur mata

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahannya.

  2. 2

    Panaskan kuali non stick,cairkan mentega.

  3. 3

    Masukkan udang,goreng hingga berubah warna.Angkat dan ketepikan.

  4. 4

    Dalam kuali yang sama tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.

  5. 5

    Masukkan ayam bersama serbuk lada sulah dan garam gunung.Goreng hingga masak.

  6. 6

    Masukkan sayur campur.Kacau rata.

  7. 7

    Masukkan nasi.Kacau.Seimbangkan rasa,tambah garam gunung jika perlu.

  8. 8

    Akhir sekali masukkan udang goreng tadi bersama hirisan daun ketumbar (seeloknya menggunakan hirisan daun bawang,tiada dalam stok).

  9. 9

    Goreng hingga bercampur semua bahannya,tutup api.Siap.

  10. 10

    Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian,letakkan telur mata, bekalkan bersama buah-buahan dan sebotol minuman pilihan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya