Nasi Goreng Campur

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#phopxcookpad2020
#cookpadmalaysiaTask1
#phopbylinimohd
#newbie
#goldenapron

Nasi Goreng Campur,guna sahaja mana bahan yang ada dalam stok,menu ringkas,cepat dimasak dan sedikit pedas,insyaaAllah sedap.Alhamdulillah.

Nasi Goreng Campur

4 orang bercadang membuatnya

#phopxcookpad2020
#cookpadmalaysiaTask1
#phopbylinimohd
#newbie
#goldenapron

Nasi Goreng Campur,guna sahaja mana bahan yang ada dalam stok,menu ringkas,cepat dimasak dan sedikit pedas,insyaaAllah sedap.Alhamdulillah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. A:
  2. 2 camcabesar minyak Canola
  3. 3biji telur ayam
  4. 1/2 camcateh garam gunung
  5. 1/2 camcateh serbuk lada sulah
  6. B:
  7. 8-10ekor udang saiz sederhana
  8. C:
  9. 300 gramisi ayam(bahagian dada)dipotong dadu
  10. 1 1/2 camcabesar air lemon(gaul dengan ayam,perap)
  11. 1 camcateh garam gunung
  12. D:
  13. 3 camcabesar minyak Canola
  14. 1biji bawang Holand saiz kecil dipotong dadu
  15. 3 ulasbawang putih dicincang halus
  16. 2 camcabesar penuh sambal cili(homemade)
  17. 1 batangLobak Merah saiz kecil dipotong dadu
  18. 1bungkus kacang buncis dihiris bulat nipis
  19. 1ikat campuran daun sup dan bawang dihiris halus
  20. E:
  21. 1periuk kecil(0.6 liter)nasi semalam
  22. 3/4 camcateh garam gunung

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan A: telur goreng.Pukul telur bersama serbuk lada sulah dan garam-gunung hingga larut.Panaskan minyak Canola,tuangkan campuran telur,masak scrambled eggs.Goreng hingga masak,angkat dan ketepikan.

  2. 2

    Tumis bahan B.Dalam kuali sama,masukkan udang,masak hingga udang berubah warna,angkat dan ketepikan.

  3. 3

    Masukkan bahan C:isi ayam(yang telah diperap dengan air lemon untuk menghilangkan bau hanyir) bersama 1 camca teh garam gunung.Kacau rata,masak hingga isi ayam berubah warna,angkat dan ketepikan.

  4. 4

    Masak bahan D:masukkan 2 camca besar ninyak Canola,tumis bawang Holand,bawang putih hingga naik bau.

  5. 5

    Masukkan sambal cili,tumis hingga sedikit garing.Masukkan lobak merah,tumis hingga sedikit layu.Masukkan kacang buncis,kacau rata.

  6. 6

    Masukkan bahan D:nasi diikuti garam gunung.Kacau hingga bercampur-rata.Berhati-hati masukkan garam kerana Sambal Cili sudah sedia masin.

  7. 7

    Masukkan ayam,udang dan telur.Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang.Kacau hingga bercampur-rata.Seimbangkan rasa.Siap.

  8. 8

    Hidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya