Ayam Geprek #widadmasak

#widadmasak 🐾
#widadmasak 🐾 @widadmasak

bagi yang suka pedas, boleh lah cuba! makan dengan nasi putih macam tu je pun dah sedap!!! ❤

Ayam Geprek #widadmasak

6 orang bercadang membuatnya

bagi yang suka pedas, boleh lah cuba! makan dengan nasi putih macam tu je pun dah sedap!!! ❤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1/4 ayam
  1. Ayam Goreng
  2. 1/4ayam bahagian dada
  3. tepung bestari pedas
  4. sedikitair
  5. Sambal
  6. 4 ulasbawang putih
  7. 6 ulasbawang merah
  8. 10-15cili padi (ikut citarasa kepedasan masing-masing)
  9. 1-2cili besar
  10. sedikitkacang tanah
  11. secubit garam
  12. 1sudu kecil gula
  13. sedikitperahan limau nipis

Cara Memasak

  1. 1

    AYAM GORENG. campurkan air biasa dengan 1 atau 2 sudu besar tepung bestari

  2. 2

    Perapkan ayam dalam tepung bestari tadi selama 30 minit

  3. 3

    Jangan lupa untuk cucuk-cucuk ayam dengan garfu supaya bahan perapan masuk ke dalam isi ayam dan masukkan ke dalam peti sejuk.

  4. 4

    Selepas 30 minit, masukkan 1 sudu tepung bestari dalam pinggan dan gaulkan ayam yang dah diperap tadi dalam tepung bestari.

  5. 5

    Apabila ayam dah disalut tepung sepenuhnya, boleh lah digoreng dalam minyak yang banyak.

  6. 6

    SAMBAL. goreng bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili besar dalam minyak yang panas sehingga garing.

  7. 7

    Apabila dah garing, tumbuk di dalam lesung sehingga hancur bersama sedikit kacang tanah.

  8. 8

    Masukkan secubit garam dan satu sudu kecil gula dan sambal dah pun siap.

  9. 9

    Lenyekkan ayam yang digoreng tadi sampai isi dalam ayam terbuka dan boleh lah letak sambal yang dah ditumbuk atas ayam.

  10. 10

    Kemudian perahkan sedikit limau nipis atas ayam supaya cukup rasa pedas masam masin manis!

  11. 11

    Sedikit tips, kalau nak lagi sedap, letak satu sudu minyak bekas goreng ayam tadi atas ayam!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
#widadmasak 🐾
#widadmasak 🐾 @widadmasak
pada
psstt, i love cats 🐾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya