Ikan Bakar Cili-Kunyit dengan Air Asam Kicap

Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @shikin_saerah
Perak

#phopxcookpad2020 Ramadan-16: Bukan lauk mood malas masak. Tapi dah tak tau nak masak apa untuk berbuka & bersahur. Kalau bab dessert, banyak je idea nak buat apa 😁.

Bila masak beria, tak dapat sambutan. Bila tak masak, nanti ada soalan, 'sahur nanti nak makan ape?'. Suruh makan oat & kurma nanti ditanya saya semula, 'kenyang ke makan benda tu?' 🙄.

OK. Harini saya masak benda simple & favourite orang kat rumah ni. Ikan bakar & air asam kicap. Yang ni, sure dapat sambutan kot. Bila masak macam ni, air asam tu kena lebih. Style kami 2 beradik, bukan setakat untuk menyicah ikan tapi juga sebagai kuah 😊.

Tqvm kawan/ staf tempat kerja adik saya. Baru-baru ni, dia bagi ikan kembung kecil ni hampir 1kg & 6 ekor ketam biru. Semuanya saya dah cuci bersih & simpan dalam freezer 😊.

Saya kongsikan resipi menu yang mudah ni sebagai panduan. Boleh ubahsuai mengikut selera masing-masing 😉.

#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-4 orang
  1. Ikan Bakar Cili-Kunyit
  2. 6ekor ikan kembung
  3. 1sdt serbuk cili
  4. 1sdt serbuk kunyit
  5. 1/2sdt garam halus
  6. Daunkunyit/ daun pisang secukupnya
  7. Air Asam Kicap
  8. 1biji bawang besar*
  9. 1biji tomato*
  10. 6biji cili padi*
  11. 2sdb (6-8 biji) jus limau kasturi
  12. 4sdb kicap masin
  13. 8sdb kicap manis

Cara Memasak

  1. 1

    Ikan bakar cili-kunyit - Lumurkan ikan dengan serbuk cili, serbuk kunyit & garam.

  2. 2

    Balut ikan dengan daun kunyit.

  3. 3

    Panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak supaya ikan tidak melekat ketika dibakar.

  4. 4

    Bakar ikan sehingga masak.

  5. 5

    Air asam kicap - Hiris nipis bahan-bahan bertanda *.

  6. 6

    Campurkan kesemua bahan. Gaul rata.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @shikin_saerah
pada
Perak
FB: Noor Ashikin SaerahIG: shikin_saerahYouTube: Shikin Saerah
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya