Tauhu begedil kentang mudah dan ringkas #maratonraya

Hazwani Hassan
Hazwani Hassan @cook_16926347

Resepi tauhu begedil kentang ini sedap dan mudah untuk disediakan. Boleh dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu sahaja juga enak dimakan bersama sambal kicap.

Tauhu begedil kentang mudah dan ringkas #maratonraya

13 orang bercadang membuatnya

Resepi tauhu begedil kentang ini sedap dan mudah untuk disediakan. Boleh dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu sahaja juga enak dimakan bersama sambal kicap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
30-35bj
  1. 6-7biji ubi kentang
  2. 100 gmayam kisar
  3. 2biji bawang merah
  4. Bawang goreng
  5. Daunsup
  6. Daunbawang
  7. 1-2biji Cili merah
  8. Garam
  9. 1st Serbuk lada hitam
  10. 1st Serbuk lada putih
  11. 2biji Telur
  12. 1st Tepung jagung
  13. Minyak (untuk menggoreng)
  14. Air (untuk merebus kentang)

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Ubi kentang dibuang kulit,kemudian direbus sehingga empuk. Seterusnya ditumbuk/dilenyek hingga hancur.

  3. 3

    Tumis ayam cincang bersama bawang yang dipotong hiris.

  4. 4

    Langkah seterusnya adalah mencampurkan kesemua bahan-bahan seperti kentang lenyek,ayam, bawang goreng, daun sup, daun bawang, serbuk lada hitam dan putih, cili merah dan garam. Gaul sebati.

  5. 5

    Tauhu goreng dipotong 4 pada bahagian atas. Kemudian keluarkan isi tauhu tadi. Jangan dibuang isi tauhu. Tetapi campurkan ke dalam campuran begedil kentang.

  6. 6

    Gentel bulat begedil kentang dan masukkan ke dalam tauhu goreng.

  7. 7

    Pecah telur dan campurkan 1sudu teh tepung jagung dan garam. Gaul tauhu kentang bersama bancuhan telur tadi dan goreng sehingga warna kekuningan.

  8. 8

    Siap..Enak dimakan bersama sambal kicap..selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hazwani Hassan
Hazwani Hassan @cook_16926347
pada

Komen

Resipi Sepertinya