Sambal Hijau Terung Pipit Ikan Bilis

Dah lama teringin nak masak sambal terung pipit nie tapi asyik tertangguh. Kebetulan tengah kemas pokok-pokok dalam pagar, tengok banyak pulak buah terung pipit dan pokok pula makin tinggi. Saya cantas dan ambik buah. Jadi tertunai la hajat buat menu nie. Bila masak, Ya Allah memang sedap rupanya sambal hijau terung pipit nie. Tak rasa pahit pun sebab kita kena ketuk pecahkan dulu buahnya. Jadi ramuan tu menyebabkan terung pipit tidak rasa pahit. Nanti cuba la, ratah pun sedap. Yang paling hepi, anak-anak suka makan sebab sebelum nie pernah masak terung pipit tapi mereka tak suka. Katanya tak sedap dan pahit🙊
Sambal Hijau Terung Pipit Ikan Bilis
Dah lama teringin nak masak sambal terung pipit nie tapi asyik tertangguh. Kebetulan tengah kemas pokok-pokok dalam pagar, tengok banyak pulak buah terung pipit dan pokok pula makin tinggi. Saya cantas dan ambik buah. Jadi tertunai la hajat buat menu nie. Bila masak, Ya Allah memang sedap rupanya sambal hijau terung pipit nie. Tak rasa pahit pun sebab kita kena ketuk pecahkan dulu buahnya. Jadi ramuan tu menyebabkan terung pipit tidak rasa pahit. Nanti cuba la, ratah pun sedap. Yang paling hepi, anak-anak suka makan sebab sebelum nie pernah masak terung pipit tapi mereka tak suka. Katanya tak sedap dan pahit🙊
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan
- 2
Saya jenis nak buat kerja senang. Saya ambik terung pipit letak dalam plastik, ketuk semua dengan lesung sampai pecah🙊😂
- 3
Tumbuk cili merah dan cili hijau. Tumbuk juga bawang merah. Nak mudah guna mesin chopper pun boleh ☺️
- 4
Rendam ikan bilis sekejap, tumbuk dan goreng. Letak tepi dulu
- 5
Tumis cili merah, cili hijau, bawang merah yang telah ditumbuk/dicincang sehingga naik bau dan garing. Masukkan kiub ikan bilis dan secawan air biarkan masak sekejap
- 6
Kemudian masukkan terung pipit dan masak seketika baru masukkan ikan bilis yang digoreng. Masukkan gula dan asam jawa
- 7
Kacau mesra, biar nampak air kering sedikit dan boleh dihidangkan. Sedap tak terhingga 👍🥰
Resipi Sepertinya
-
Sambal bilis terung pipit Sambal bilis terung pipit
#goldenapron#minggu20#saturesepisatupohonTinggal di kampung memang mudah sangat nak dapatkan terung pipit ni.boleh kutip je tepi jalan kampung.merata tumbuh pokok terung pipit.berbeza dengan yg tinggal dibandar.nak makan terung ni pun kena beli.Sambal kegemaran encik suami.anak2 pula bila makan siap asingkan terung.mereka tak suka terung tapi suka sambal sebab ada rasa tempoyak. Lily Suryani Mohd Ali -
Sambal Bilis Terung Pipit Sambal Bilis Terung Pipit
Terus terang hakak cakap, seumur hidup ni tidak pernah sekali pun hakak makan terung pipit ni. Selalu tengok mak makan, idak ler hakak nak cuba 😅 Tapi semalam nak dijadikan cherita, adik datang rumah, dia bagi dua jambak terung pipit ni. Dia kata nak balik rumah mak hantar terung ni, tapi dia tak sempat. sebab banyak kerja. Jadi dia bagi pada kakak dia pulak. Dengan pesanan tulus ikhlas lagi jujur, ikut akak lah nak buat apa dengan terung ni. Suka2 hati sungguh kan 🤣.Jadi hakak bila dapat je terung pipit ni , terus buka Cookpad dan cari resipi yang sesuai untuk dimasak. Alhamdulillah jumpa resipi yang sangat baik & menyelerakan daripada Kak Nor Hassan. ❤️. Walaupun kalau tengok rupa sambal Kak Nor ni dengan sambal hakak buat ni macam langit dan bumi ehh 😅. Tapi dari segi rasa, ok lah sedap. Sebab untuk pertama kali cuba makan terung pipit ni. Dapat resipi sedap begini. Kiranya umpama pengalaman pertama yang baik lah & seperti jatuh cinta kali pertama gituu 🤭🤣🤣🤣🤣. Tapi serius cakap memang sedap resipi ni. Salina Jalaludin -
Sambal Bilis Terung Pipit Sambal Bilis Terung Pipit
Masa zaman sekolah tak suka terung pipit ni, bila makan ada rasa seakan pahit.. tapi mak, abah keluarga yang lain terutama yang berumurlah kalau tengok dorang makan aduhai macam makan kacang wooo.. betapa sedapnya la haii..Tapi kalau suruh kutip terung ni di pokok kita lah orang pertama menggedik menyibuk nak pergi.. best tau kutip terung ni, nak-nak bila terungnya banyak di pokok..ralit megutip. Satu je nak cakap daun, batang pokok tu kalau terkena kulit rasa gatal kulit.Sekarang... hurayy kita dah tersuka boleh makan. Masak sambal tumis macam ni memang padu boleh geng dengan mak abah dan keluarga yang lain.Terkenang Semasa Dulu 🕰 Julia ALeen Aireish -
Sambal Hijau Terung Pipit Sambal Hijau Terung Pipit
233/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1628 #pejuang2kresipiTerung pipit ni petik depan rumah je. Jika sebelum ni hakak sambal merah. Ni buat versi hijau pulak. Dan kali ni hakak goreng terung pipit ni terlebih dahulu. Berbanding sebelum ni, hakak tumbuk dulu terung pipit tersebut bagi pecah dan masak. Ternyata kaedah goreng ni lebih sedap. Tapi tetap juga rasa pahit di hujungnya. But it’s ok. Yang penting sedap 😋 Salina Jalaludin -
Sambal kerang terung pipit Sambal kerang terung pipit
Nenek suka sangat dengan terung pipit ni. Kebetulan pergi ke Segi Fresh jumpa pulak terung pipit ni , dalam tekak teringin nak sambal kerang jadi kita tambah lah terung pipit ke dalam masakan . Sedap sangat . Erin pun first time mkn terung pipit ni . Pahit- pahit sikit rasanya. Erin Naomei -
Sambal Hijau Terung Pipit Sambal Hijau Terung Pipit
Semalam Ada staff bawakan Terung Pipit. Sedap juga kalau buat sambal. Tapi selalu dah masak sambal. Cari dalam cookpad Ada resepi best untuk masak terung pipit ni sekali jumpa resepi @salina_jalaludin . Terus #cooksnap dia nyer resepi. Cuma saya kurangkan cili padi lebihkan cili Hijau takut nanti sakit perut pula makan pedas-pedas ni. Nana Isya -
Sambal bilis terung pipit Sambal bilis terung pipit
Kebetulan bertandang ke rumah jiran & ternampak pokok terung pipit,buah dia boleh tahan lebat..Bila dipelawa suh ambik buat tu..CheTa ape lagi,tak lepaskan peluang😁 tu kan rezeki namanya🥰Teringat pula ade bilis dlm peti ais..maka terjadi la Sambal bilis terung pipit berasap😋 ZuitaAisyah -
Terung Pipit Sambal Hijau Terung Pipit Sambal Hijau
Percaya tak ini kali pertama Yani masak & rasa terung pipit 🤭. Biasa masak & makan terung yang color purple tu. Kesukaan juga tu sebab bila sudah dimasak, isi yang bahagian putih tu rasa lembut dan lemak-lemak.Bukan tak pernah jumpa terung pipit ni. Dulu masa kecil tinggal dengan nenek, biasa je tengok nenek masak sambal tumis terung pipit. Tapi masa tu budak-budak kan, jadinya tak teringin nak cuba makan apatah lagi dulu-dulu Yani tak berapa makan yang pedas-pedas😂. Bila berkahwin dengan orang Jawa, baru pandai makan pedas-pedas sikit. Tapi masih lagi jika cili tu seketul-seketul gitu /cili hiris, Yani kuis-kuis tepi pinggan nasi🤣🤣...punyalah tak reti nak makan pedas.Oklah, kerana cabaran #GoldenApron23 #week4 minggu ini ada bahan : terung...Yani terdetik hati nak cuba memasak dan rasa terung pipit ni... Ya ampun, sekarang tekak agak cam orang tua kot😂😆..pahit pon telan...sedap je terung pipit yang pahit ni bila dimasak dengan sambal yang cukup bahannya pada Yani.Oklah jom lihat resipinya. Nur Azliani Amer -
Sambal terung pipit bersama udang 🍤 Sambal terung pipit bersama udang 🍤
Kebetulan tadi abah jumpa pokok terung pipit yg subur dan rambai buahnya di kebun tadi,suruh masak sambal terung pipit 🍤,apa lagi kita masak lah😂💪,sesuai makan dgn nasi panas2 lagi musim hujan ni..bertambah nasi🍚👍👍👍 Dean SR -
Sambal terung Pipit Sambal terung Pipit
#goldenapron#week6Kelmarin petik terung pipit di depan rumah. Dapat dua genggam penuh. Ikan bilis takde, jadi kita buat sambal kosong ajek. Aie -
Sambal Terung Pipit Sambal Terung Pipit
212/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1606 #pejuang2kresipiPertama kali hakak cuba masak sambal terung pipit. Ni pun gara2 pokok terung depan rumah tengah berbuah banyak. Ni hakak masak cara hakak jela yer. Orang masak tatau ler cmne. Hakak tumbukkan terlebih dahulu terung tu sebelum dimasak. Ada yang masak terus sebutir-butir gitu je. Ada yang goreng terlebih dahulu. Jadi kaedahnya masak lah ikut mana pun. Gaya dan cara sepertimana pun ikut masing2 yer ☺️.Apa2 pun my 1st terung pipit resipi ni are not bad. I like 😋 Salina Jalaludin -
Sambal Udang Terung Pipit Sambal Udang Terung Pipit
#bazaarramadan anak2 memang sangat suka kalau udang masak sambal ni, mak dan Ayah pula suka terung pipit masak tumis pedas, nak jimatkan masa dan puaskan selera semua orang, Kita gabungkan dalam satu masakan sahaja, Sambal Udang Terung pipit #goldenapron2020 Zleq Kha
Lebih Banyak Resipi
Komen