Nasi Goreng Mix Vege

#goldenapron2020
Dua tiga hari ni ada saja lebihan nasi. Apa kata kita buat nasi goreng je. Senangkan? Tengaharipun makan je yang itu. Asal kenyang. 😊
Nasi Goreng Mix Vege
#goldenapron2020
Dua tiga hari ni ada saja lebihan nasi. Apa kata kita buat nasi goreng je. Senangkan? Tengaharipun makan je yang itu. Asal kenyang. 😊
Cara Memasak
- 1
Potong dadu bawang besar dan bawang putih dimayang.
- 2
Panaskan kuali atau periuk menggoreng.
- 3
Masukkan planta atau margerin. Biarkan cair.
- 4
Masukkan bawang putih, bawang besar, sambal belacan dan pes sambal tumis. Tumis hingga keluar bau dan pecah minyak. Pes sambal tumis ni ialah bawang besar, bawang putih dan cili kering yg dikisar halus.
- 5
Masukkan isi ayam. Biarkan sampai masak.
- 6
Masukkan mix vege. Gaul rata.
- 7
Masukkan kicap, ajinomoto, garam dan sedikit air. Kacau rata.
- 8
Masukkan nasi. Gaul hingga semuanya bercampur.
- 9
Tabur lada sulah.
- 10
Pecahkan sebiji telur dan gaul.
- 11
Balik-balikkan agar nasi bergaul sekata.
- 12
Tunggu hingga kering.
- 13
Siap.... bolehlah dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Nasi Goreng Campur Nasi Goreng Campur
#goldenapron2020 #week33 Pagi kemas2 peti sejuk. Banyak rupanya leftover yang dibekukan. Nak dibuang sayanglah pulak. Jadi mehla kita jadikan dia lauk dalam nasi goreng untuk makan hari ni ye. Maka meriah la lauk dalam nasi goreng kita kali ni. Nuharahmat -
Nasi Goreng Kampung Nasi Goreng Kampung
Abah sangat suka dengan nasi goreng kampung ni. Lagi-lagi kalau ada ikan bilis banyak yang rangup krup krap.Makan pula dengan sambal belacan dan ada keropok. Boleh bertambah dua tiga pinggan. Hehe#goldenapron#bahiahsaripuddin myrumaisha -
Nasi Goreng U.S.A Nasi Goreng U.S.A
Nasi goreng USA ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung dan Restoran ala siam.Nasi goreng USA adalah singkatan kepada Nasi goreng udang, sotong dan ayam.Penggunaan "USA" adalah merujuk kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong & ayam.Walaupun penggunaan istilah "USA" namun, makanan ini tidak mempunyai asal-usul dari negara USA.Nasi goreng USA yg saya buat ni ikut versi kedai makan siam. Biasanya kedai makan siam akan letakkan daging masak merah bersama dgn telur mata dan sosej. Kebetulan masak lauk daging merah ada lebih. So kita buat nasi goreng USA. Noor Atika Mahamood -
Nasi goreng Kuning DiRAJA Nasi goreng Kuning DiRAJA
Menu pilihan keluarga 😍. Kalau malas dan tak ada idea nak masak apa selalu Lina buat Nasi goreng Kuning DiRAJA sekeluarga boleh makan janji kenyang😊😀Yang suka menu sempoi boleh le TRY 👍😍 Roselina Hanid -
Nasi Goreng Sardin Nasi Goreng Sardin
#goldenapron2020Ada sardin lebihan makan semalam. Jadi pagi ni kita buat nasi goreng. Henny Suhaina -
Nasi Goreng Sambal Belacan Nasi Goreng Sambal Belacan
Menu makan tengahari yang mudah dan cepat.. Pastinya nasi goreng. Nasi lebihan masak semalam dan sambal belacan, daripada dibazirkan kita gorengkan. Letak pula isi ikan kembung yang digoreng. Memang sedap sangat. Rose Nani Nizah Nayan -
Nasi Ayam Goreng Nasi Ayam Goreng
#goldenapron2020Ada lebih nasi ayam, pagi ni saya buat nasi goreng. Mesti ramai yang pernah melalui zaman nasi goreng ayam macam ni kann..kalau kat BP ni nasi goreng ayam Odeon paling popular, tapi kalau nak jimat masak sendiri je kat rumah. Sarmila Sharif -
Nasi goreng Cina Nasi goreng Cina
Nasi goreng ni tak pedas. Sesuai untuk anak anak makan#GlobalApron2024 #minggu17 #airtanganaszMagic pantry ( challenging : SUKAHATI)Nasi sejuk 1pMinyak bijan 1pAyam (dada) 1pLada sulah 1pSos tiram 1p Asz Haniey -
Nasi Goreng Cina Nasi Goreng Cina
Salam Jumaat..Kat rumah masak nasi goreng, gi kedai makan pun order nasi goreng? Tapi mmg ada kan? Pelbagai bangsa terutamanya org Asia mmg tak terlepas dari menu nasi goreng yg pelbagai jenis..Jamie Oliver masak guna jem cili, Uncle Roger buat muka 🤣mujurlah Gordon Ramsay punya nasi goreng diapproved oleh Uncle Roger😂 Nasi putih ni anak perempuan Uchu yg masak. Baru2 belajar masak umur 10 tahun. Terlembik sikit nasinya..tapi takpe..dimaafkan..😁#goldenapron2020 Sesimple Loralin -
Nasi impit goreng Nasi impit goreng
#leftover#saturesepisatupohon#goldenapronTeringat kenangan masa saya mengendalikan kantin sekolah,ada seorang makcik cleaner ni India muslim,bila time rehat sambil makan dia bercerita pasal nasi impit goreng.dia kata sedap tapi saya tak pernah pula makan.Biasa kalau beli sate mesti ada lebihan nasi impit.sate lagi laku dimakan oleh anak anak berbanding nasi impit.kekadang sebab tak cukup kuah kacang sebab itu nasi impit tak habis.Sebenarnya banyak je menu yg boleh dimakan dengan nasi impit seperti lontong,soto tapi nak membuat kuahnya agak rumit.paling senang saya goreng jer untuk dibuat sarapan.mula2 masak anak anak agak pelik untuk makan.siap tanya'ada ke orang masak nasi impit goreng?' Ada nak....ni pun mak ikut resepi acik cleaner tu yang kasi.Alahai....anak,makan saja le apa yang mak kamu masak...ni menu kira jimat tak membazir.😊😊 Lily Suryani Mohd Ali -
Nasi Goreng Pajeri Ayam Nasi Goreng Pajeri Ayam
#leftover #cookpadmalaysiaBaki kuah pajeri ni merupakan baki pajeri rebung (untuk resipi boleh cari "Pajeri Rebung" di carian cookpad). Biasalah rebungnya habis dimakan. Jadi kuahnya yang masih berbaki dijadikan nasi goreng dan dicampurkan dengan baki ayam goreng yang tinggal 2ketul (lebihan dinner malam sebelumnya). Adat makan berdua, pasti ada lebihan makan. Selalu waktu tengahari keesokan harinya, saya akan makan je nasi dengan kuah pajeri dan ayam yang telah dipanaskan semula. Tapi kali ni saya masak kesemuanya menjadi nasi goreng. Campur je semua dan sekali masak sahaja. Rasanya sama je macam kita makan ketiga-tiga menu tu secara berasingan tetapi bila dah dijadikan nasi goreng ni. Rasa dia lebih padu dan nak makan pun lebih mudah. Salina Jalaludin -
Nasi Goreng Kampung Nasi Goreng Kampung
#goldenapron #Level16 #saturesipisatupohon Dikala ada lebihan stok lauk makanya kita jadikan dia nasi goreng. Yeah! Nasi goreng kampung versi saya. Ni goreng apa yang ada je la. Esok nk g pasar restock barang dapur pulak. Nunees
Lebih Banyak Resipi
Komen