Resepi Kerabu Kacang Botol Sekawanan

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

#goldenapron2020
Husband request nak makan kerabu kacang botol. Jadi mcm biasalah kalau si bini ni nak letak semua ulam 😂🤭. Tp kot mana pun, buat bg sedap 😋Jom cuba ✌🏽

Resepi Kerabu Kacang Botol Sekawanan

12 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020
Husband request nak makan kerabu kacang botol. Jadi mcm biasalah kalau si bini ni nak letak semua ulam 😂🤭. Tp kot mana pun, buat bg sedap 😋Jom cuba ✌🏽

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30mnt
1 Hidangan
  1. 1mangkuk kecil taugeh yang sudah di celur
  2. 5 batangkacang botol di potong kecil
  3. 10 batangdaun salom potong kecil
  4. 1bj tomato di belah wedges
  5. 1/2 batangbunga kantan potong halus
  6. 1bj cili besar potong halus (nk pedas lg boleh tambah cili padi)
  7. 3sudu kerisik
  8. 1bj bawang di hiris nipis
  9. 1mangkuk kerang yang sudah direbus dan diambil isinya sahaja
  10. 1jemput asam jawa pekat (di tapis dan ambil patinya shj)
  11. 1sudu garam (boleh diolah ikut citarasa)
  12. 1sudu perasa hilal (boleh diolah ikut citarasa)
  13. 1/4sudu gula jika suka rasa manis sedikit

Cara Memasak

30mnt
  1. 1

    Mula2 sediakan sayur2an dan ulam2an. Campur kesemuanya dalam 1 bekas.

  2. 2

    Kemudian masukkan kerang rebus dan bawang.

  3. 3

    Kemudian tapis pati air asam jawa yang pekat, kemudian masukkan ke dlm kerisik beserta cili besar @ padi. Masukkan garam, dan perasa hilal serta sedikit gula. Kemudian gaul bg sebati.

  4. 4

    Akhir sekali, campurkan kerisik yg digaul dgn pati asam jawa td ke dlm ulam2an yg telah dipotong td. Gaul sebati dan rasa. Segala yang kurang boleh diperbaiki dr segi rsnya. 😋😋selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳.Saja nak berkongsi resipi yang sudah dimasak 😍.Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸.Suka berkawan dengan ahli cookpad yang lain dan sesiapa sahaja yang sudi🥰.Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️.Terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐.Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya