Paprik Ayam

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

#goldenapron2020 #week12 Paprik ayam adalah antara lauk kegemaran saya. Suka sgt meratah. Biasanya saya campur dgn 4 jenis sayur iaitu carrot, bunga kobis, jagung muda & kacang buncis. Tapi kali ni saya terlupa beli kacang buncis 😅 jadi saya tak letak la..hehe..sedap makan dgn nasi panas2..

Paprik Ayam

#goldenapron2020 #week12 Paprik ayam adalah antara lauk kegemaran saya. Suka sgt meratah. Biasanya saya campur dgn 4 jenis sayur iaitu carrot, bunga kobis, jagung muda & kacang buncis. Tapi kali ni saya terlupa beli kacang buncis 😅 jadi saya tak letak la..hehe..sedap makan dgn nasi panas2..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. ❤ 15-20 ketul isi ayam yg di potong kecil
  2. ❤ 2 ulas bawang putih -di ketuk
  3. ❤ 4-6 biji cili api- di ketuk
  4. ❤ 1-2 batang serai -di ketuk
  5. ❤ 2 sudu bsr cili kering blend
  6. ❤ 4 sudu bsr sos cili
  7. ❤ 2 sudu bsr sos tomato
  8. ❤ 4 sudu bsr kicap
  9. ❤ 3 sudu bsr sos tiram
  10. ❤ 1/2 cwn air
  11. ❤ 3-4 helai daun limau purut -di siat & ramas sedikit
  12. ❤ 1 pokok kecil bunga kobis -di potong kecil
  13. ❤ 1 btg lobak merah -di potong bentuk bunga
  14. ❤ 6 btg jagung muda - di belah 2
  15. ❤ 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  16. ❤ 1 sudu bsr gula @ secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak. Tumis bawang putih, cili api & serai seketika. Kemudian, masukkan cili kering blend. Kacau hingga cili masak. Masukkan pula sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram & air. Kacau rata. Masukkan isi ayam.

  2. 2

    Masukkan daun limau. Kacau hingga ayam agak masak. Masukkan garam, gula, lobak & bunga kobis. Bila sudah agak lembut, masukkan jagung muda & tomato. Kacau sebati

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya