Bubur Abang Putih(Manisan)

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

#buburnasi #goldenapron2020 #minggu20

Selamat Hari Merdeka 🇲🇾.Bersyukur kita kepada Allah, Malaysia masih aman selama 63 tahun selepas merdeka yang pertama. Bila sebut kesyukuran, saya pun teringat akan BUBUR NASI dimana agak terkenal dalam masyarakat jawa bila menyambut keramaian. Bubur Abang Putih atau dikenali sebagai bubur Merah Putih. Sejenis bubur nasi yang akan disediakan semasa hari lahir, hari kenduri doa selamat, atau hari cukur jambul anak. Pendek kata apa hal yang ingin dirai kesyukuran bubur ini wajib ada sebagai manisan.🥰
Bubur ini terbahgi kepada 2: yang manis (merah) yang masin(putih). Simboliknya merah mewakili kehidupan manis, putih mewakili pahit getir hidup. Bubur ini dihidangkan merah lebih dan yang putih sikit ditengah dengan harapan kehidupan kita lebih banyak kebaikan dari keburukan, gitu😊. Juga kita wajib bersyukur dengan segala apa yang didatangkan Allah kan. Panjang pulak cerita saya kali ini🤭.. apakata kita lihat dulu resepinya ya. Sangat simple cuma kene sabarlah menunggu siap😊. Moh kite tgk moh!👇👇👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawanberas biasa
  2. 1 cawangula merah
  3. 500 gmsantan
  4. 4@5helai daun pandan
  5. 500 gmair (secukupnya)
  6. 1sk garam

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan bahan. Gula merah masak bersama 1/2cwn air, tapis dan biarkan sejuk. Beras basuh dan rendam awal sebelum masak dalam 1@2 jam

  2. 2

    Masak seperti biasa lebihkan air. Saya guna beras wangi nisbah 1:5. Masak hingga airnya kering dan sentiasa kacau supaya nasi hancur.

  3. 3

    Kemudian masukkan santan. Sekiranya ingin kurangkan santan pun boleh. Ikut citarasa sendiri yer. Masukkan air juga dan masak hingga pekat. Masuk garam 1sk. Lihat gambar kedua bubur yang sudah pekat itu.

  4. 4

    Asingkan dalam 1cawan. Tambah lagi 1sk garam. Kacau dan asingkan dahulu

  5. 5

    Selebihnya masukkan gula merah yang saya dah sediakan awal tadi. Gaul sebati. Masak atas api sederhana hingga pekat.

  6. 6

    Cara menghidang. Disebabkan bubur ini dianggap manisan maka hidang dalam mangkuk kecil atau piring lengkung kecil. Merah kene lebihkan dari yang putih yer. Seperti dalam gambar. Bubur abang putih is done!🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Komen (18)

Resipi Sepertinya