Tips Telur Dadar Terlajak Garing

#kitajagakita
#soalan1
Jangan tertipu ehh.. bukan jambangan yang ada bunga tau.. Inilah telur dadar tergaring yang pernah saya buat sampailah sekarang bila family request nak makan..
Memang best dapat makan telur garing tak kisahlah makan dengan nasi goreng ke, nasi putih ke.. semua serasi sedap. Nak pula dapat makan garing yang di tepi tu.. nikmat nya..
Tercetus idea ni sebab anak bujang yang ke-3 tu tiba-tiba katanya teringin nak makan telur dadar garing mama buat tapi nak macam di restoren tu.. ok, mama cuba .. Alhamdulillah degan tips yang mudah giler ni maka kemenjadian nya berhasil.. Suka sangat si bujang tu.. Dah berapa ratus kali repeat dah buat telur dadar garing ni.. Bertahun guna resipi & tips yang ni aje..

Cara Memasak
- 1
Telur dicuci dahulu, pecah dan campurkan dengan air dan garam halus. Penggunaan "air" tu adalah tips yang pertama.
- 2
Kocok telur sampai berbuih banyak.
- 3
Panaskan minyak di dalam kuali, minyak kena banyak sedikit, pastikan minyak cukup panas, tuang telur ke dalam kuali.. Tips yang kedua,[part tuang ni, semasa tuang angkat tinggi bekas supaya telur kocok tu turun selari cantik, akan nampak percikan kerinting tu nanti di tepi nya, Jangan tuang segumpal ye.]
- 4
Api sederhana kuat, biarkan masak garing di bahagian bawahnya, selepas itu baru alihkan sebelahnya pula, biarkan masak garing.
- 5
Sediakan tapis, angkat telur toskan minyak
- sediakan tisu, letak telur atas tisu pula jika ada tisu supaya dapat serap lagi saki baki minyak yang ada.. siap.. telur elok kering tiada minyak.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (5)