Gulai Ikan Temenung

Nana Isya
Nana Isya @nanaisya
Alor Setar, Kedah

Orang Kedah panggil gulai orang negeri lain panggil kari . Begitu juga Ikan temenung @ orang negeri lain sebut ikan kembung. Beza cuma pada panggilan . Apa pun yang di masak pasti keluarga happy. Gulai ikan temenung sedap di makan bersama nasi panas. Sedap juga di makan bersama roti bengali.
#goldenapron2020

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

20minit
5orang
  1. 5ekor ikan temenung
  2. 1pack rempah kari ikan
  3. 2 ulasbawang merah
  4. 1 ulasbawang putih
  5. 1tangkai daun kari
  6. 1sudu kecil halba campur
  7. 1mangkuk santan
  8. 1/2mangkuk air asam
  9. 10 batangbendi
  10. 2sudu garam
  11. 1sudu garam

Cara Memasak

20minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Panaskan minyak.

  2. 2

    Tumiskan bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Masak sehingga kekuningan. Sementara itu campur kan serbuk rempah bersama 2sudu santan dan 2 sudu asam gual.

  3. 3

    Selepas bawang kekuningan masukkan rempah yang di campurkan santan dan asam. Masak sehingga rempah naik minyak. Masukkan air asam selebihnya tadi.

  4. 4

    Masukkan baki santan. Masukkan ikan temenung. Diikuti kacang bendi. Tambahkan gula dan garam. Siap boleh di hidangkan. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (4)

Yasir_chad
Yasir_chad @chad_kitchen
2 sudu garam & 1 sudu gula ke kak?
Or 2 sudu gula & 1 sudu garam? 😅

Ditulis oleh

Nana Isya
Nana Isya @nanaisya
pada
Alor Setar, Kedah
Mama kepada dua orang puteri. Suka memasak. Memasak adalah satu terapi. Suka try new resepi.
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan