Sayur Lemak Kulit Rambai (Sayur Kolok)

Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
Malaysia🇲🇾

#goldenapron2020 Sejenis masakan sayur yang agak rare disebelah pantai timur,sayur ni pun bermusim kerana buah rambai bukan sentiasa berbuah...Ada 2 jenis sayur kolok ada yang mengunakan buah gajus atau kulit buah rambai...tapi untuk resipi kali ini akk mengunakan kulit buah rambai,kebetulan 2 minggu lepas akk visit Kelantan jjcm terjumpa kt pasar ada orang jual terus akk beli dah bertahun tak makan buah rambai Alhamdulillah kali ni terus teringin nak buat masak lemak...jom tengok resipi yang akk share untuk cookpaders semua...😍❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
8 orang
  1. 250 gkulit buah rambai dicuci dengan air garam dan toskan
  2. 7urat kacang panjang
  3. 2biji terung panjang size sederhana
  4. 50 gpetai
  5. 1/2 batanglobak merah
  6. 2 kepingtauhu dipotong kecil
  7. 1labu bawang besar bombay
  8. 1biji cili besar merah
  9. 1biji cili besar hijau
  10. 9biji cili padi
  11. 2ekor sotong dipontong bulat
  12. 2ikan Selayang (direbus)
  13. 350 mlsantan (akk guna santan kotak)
  14. 100 mlair
  15. 2sdt garam halus
  16. 1sdt serbuk perasa

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Buah rambai dikopek asingkan isi ambik kulit sahaja dan cuci bersih dgn air garam kemudian toskan air dan diramas2 agar keluar air masam.

  2. 2

    Sediakan semua bahan sayuran dan cuci bersih serta di potong...ikan selayang direbus ambik isi dan dihancur kasar2.

  3. 3

    Masukan kesemuanya sayuran dan petai kedalam periuk,masukan santan dan kesemuanya masak dengan api dapur sederhana hingga mendidih...tambahkan garam dan serbuk perasa...bila kulit rambai dan sayuran dah lembut ok siap.

  4. 4

    Sayur Lemak Kulit Rambai...#StyleAzaAaj is done,jemput cuba ya sedap sangat menu kampung...Gu makan dgn ikan masin n sambal belacan nasi panas walaaa😋😍👍👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
pada
Malaysia🇲🇾
Cooking with ❤️ #StyleAzaAaj
Baca lagi

Komen (3)

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Sy tak pernah makan kulit buah rambai. Nnt nak cuba lah. Macam menarik sangat je ni. Daripada buang kulit gituu je. Baik kita guna utk masak kan 😋

Resipi Sepertinya