Opor Daging Pahang

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Sajian enak warisan negeri Pahang. Sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, pulut kuning,rendang, ketupat etc..

Uchu ada resepi rahsia juga terselit dalam resepi opor ini tau..

#goldenapron2020

Opor Daging Pahang

Sajian enak warisan negeri Pahang. Sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, pulut kuning,rendang, ketupat etc..

Uchu ada resepi rahsia juga terselit dalam resepi opor ini tau..

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgdaging (potong besar)
  2. 3sb rempah opor
  3. 3sb cili kisar
  4. 3 batangserai (diketuk)
  5. 1biji bawang besar (dihiris)
  6. 4 ulasbawang putih (dihiris)
  7. 1 batangkayu manis
  8. 4kuntum bunga lawang
  9. 4biji biji pelaga
  10. 1st rempah hitam* (optional)
  11. 1sb kerisik
  12. 1 kotaksantan 200 ml
  13. 2sb gula merah/nise
  14. 1sb asam jawa dibancuh air,tapis
  15. Garam, gula, perasa secukupnya
  16. Bahan kisar
  17. 2biji bawang besar
  18. 1inci halia
  19. 1inci lengkuas muda
  20. 4 ulasbawang putih
  21. Rempah hitam disangai, dikisar halus (bahan rahsia Uchu😅)
  22. 2 batangkayu manis
  23. 2sb biji pelaga
  24. 3sb bunga lawang
  25. 1/2sb bunga cengkih
  26. Link resepi rempah hitam 4 sekawan:

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan bahan kisar bersama rempah opor dan cili kisar menjadi pes.

  2. 2

    Tumis bawang dan bawang putih yang dihiris bersama rempah kasar.

  3. 3

    Masukkan bahan pes. Tumis sehingga pecah minyak.

  4. 4

    Tambahkan gula merah dan gula.

  5. 5

    Masukkan daging, air asam jawa dan serai. Masak sehingga mendidih.

  6. 6

    Masukkan santan. Masak sehingga daging empuk dan pecah minyak. Tambahkan garam dan perasa.

  7. 7

    Masukkan hanya 1/2 sudu teh rempah hitam dan 1 sb kerisik. Masak sehingga kuah pekat sedikit.

  8. 8

    Siap untuk dihidangkan.

  9. 9

    Biasanya Uchu masak malam, biar opor ni bermalam. Esok pagi baru makan.

  10. 10

    REMPAH HITAM: sangai semua bahan dan kisar. Sejukkan dan simpan sebagai stok untuk kegunaan dalam masakan seperti kari, kurma, opor, kerutuk, dll...guna sedikit sahaja,jika lebih rasa pahit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (15)

Yatie herman
Yatie herman @Yatieherman95
Sis rempah oper dgn tempah hitam tu berlainan ke

Resipi Sepertinya