Lempeng kelapa

Mommy Zie
Mommy Zie @cook_24420183
Bangsar

Lempeng kelapa merupakan sejenis makanan ringan (snek) orang melayu. Makanan ini adalah seperti lempeng tepung biasa (pancake) yg digaul kan dengan adunan tepungnya bersama isi kelapa parut. Hidangan ini sesuai di makan di waktu ptg ataupun waktu sarapan pagi bersama kopi panas.
#goldenapron2020

Lempeng kelapa

2 orang bercadang membuatnya

Lempeng kelapa merupakan sejenis makanan ringan (snek) orang melayu. Makanan ini adalah seperti lempeng tepung biasa (pancake) yg digaul kan dengan adunan tepungnya bersama isi kelapa parut. Hidangan ini sesuai di makan di waktu ptg ataupun waktu sarapan pagi bersama kopi panas.
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-5minit
4 orang
  1. 2 Cawantepung gandum
  2. 3 cawankelapa muda (Di parut)
  3. 1/4Santan
  4. Sedikitgaram
  5. 1sk soda bikarbonat
  6. 1 cawanair kelapa (boleh guna air biasa)

Cara Memasak

3-5minit
  1. 1

    Sedia kan sebuah mangkuk, atau bekas yg sesuai. Masuk kan tepung gandum kelapa parut, santan,soda bikarbonat dan sedikit garam. Kacau sebati.

  2. 2

    Kemudian masuk kan air kelapa muda. Jika tidak ada, boleh guna kan air bersih biasa dan gaul rata semua bahan sehingga sebati.

  3. 3

    Panas kan kuali, sapu kan sedikit minyak, kemudian sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali mengikut saiz atau bentuk yang kita mahu kan. Masak mengguna kan api yg sederhana.

  4. 4

    Alih kan lempeng supaya masak dikedua bahagian atas dan bawah. Apabila ia kelihatan kuning keperangan, ia sudah masak dan boleh la di angkat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mommy Zie
Mommy Zie @cook_24420183
pada
Bangsar
"sentiasa rasa ingin menCuba pelbagai RESEPI" ❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya