Kari Kepala Ikan

mummyzueralicious
mummyzueralicious @zuera_85

Kalau makan kat kedai mamak mahu RM30 hingga RM50 seketul. Jadi, beli sahaja kepala ikan di pasar dan masak sendiri di rumah, pasti lebih menjimatkan dan lebih puas makan bersama keluarga 😍

Selamat mencuba 😘

Kari Kepala Ikan

7 orang bercadang membuatnya

Kalau makan kat kedai mamak mahu RM30 hingga RM50 seketul. Jadi, beli sahaja kepala ikan di pasar dan masak sendiri di rumah, pasti lebih menjimatkan dan lebih puas makan bersama keluarga 😍

Selamat mencuba 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1ketul kepala ikan merah
  2. 2sudu besar serbuk kari ikan
  3. 1sudu kecil halba campur
  4. 1/2biji bawang besar
  5. 1 ulasbawang putih
  6. 1tangkai daun kari
  7. 1sudu besar asam jawa
  8. 1biji tomato
  9. 4 batangkacang bendi
  10. 1 kotaksantan (200ml)
  11. 2sudu besar minyak untuk menumis
  12. 1sudu kecil garam
  13. 1/2sudu kecil serbuk perasa
  14. 1sudu besar gula pasir

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan diperlukan

  2. 2

    Hiris nipis bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bersama bawang putih, bawang besar, daun kari dan halba campur hingga naik bau dan agak kekuningan.

  3. 3

    Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama 1 cawan air. Masak sehingga kering dan pecah minyak.

  4. 4

    Cairkan asam jawa bersama 1cawan air dan masukkan dalam rempah tadi.

  5. 5

    Masak sehingga kering dan masukkan santan. **jika anda taknak gunakan santan, nak kari seperti kedai mamak yang tak gunakan santan cuma tambah air sahaja gantikan dengan santan😉

  6. 6

    Masukkan kepala ikan dan masak seketika, kemudian masukkan tomato dan bendi. Juga bole tambah kan cili hijau dan merah jika suka. Selamat mencuba 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
mummyzueralicious
pada

Komen

Resipi Sepertinya