🍚🍗 NASI AYAM

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

Nasi ayam cara akak & hepi meneraiiii 😉 #chickenrice #nasiayam #Malaysianfavourite

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
4 sajian
  1. 🍗BAHAN2 AIR REBUSAN AYAM
  2. 1/2ekor ayam saiz besar
  3. 3inc halia
  4. Air secukupnya untuk nasi, sup, kuah kicap & sambal
  5. 🍗BAHAN2 PERAPAN AYAM
  6. 1/2ekor ayam saiz besar yang siap direbus
  7. 1inc halia diparut/kisar
  8. 2 ulasbawang putih diparut/kisar
  9. 1sdm sos tiram
  10. 1sdm kicap pekat
  11. 1/2sdm madu
  12. 1sdk myk bijan
  13. 1/2sdk 5 spice / all spice
  14. 1/2sdk serbuk lada putih
  15. 1/2sdk garam
  16. 1/2kiub ayam
  17. 🍚BAHAN2 NASI
  18. 3pot beras
  19. 4pot air rebusan ayam
  20. 2-3sdm butter
  21. 1/2sdk 5 spice / all spice
  22. 3 ulasbawang putih *
  23. 2inc halia* Parut/cincang bahan *
  24. 1 helaidaun pandan disimpul
  25. 2 helaidaun bay (daun salam)
  26. 1btg serai diketuk
  27. 1/2kiub ayam
  28. 1sdk garam
  29. 🌶BAHAN2 SAMBAL
  30. 2tangkai cili merah
  31. 7-8tangkai cili siam merah (ikut selera)
  32. 1/2 cawanair rebusan ayam
  33. 1 ulasbawang putih parut/kisar
  34. 1inc halia parut/kisar
  35. 2sdm sos cili
  36. 1sdm jus limau nipis/kasturi
  37. Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    ➡️ Rebus ayam hingga masak lebih kurang 30 minit dan toskan ayam

  2. 2

    Bahan2 perapan ayam

  3. 3

    Perap ayam dgn bahan perapan 1 jam atau sekurang2nya 30min.

    Goreng ayam secara deep fry bila dh msak tuskan myk. Akak airfry ayam setting heat 180c selama 8-10 minit. Potong ayam semasa menghidang

  4. 4

    Bahan2 nasi ayam

  5. 5

    Didalam periuk panaskan butter hingga cair & tumis bahan parut bersama daun pandan, serai & daun bay hingga wangi.

  6. 6

    Masukkan 5 spice/all spice & gaul rata. Masukkan beras & kacau 2-3minit lalu masukkan air rebusan ayam, kiub ayam & garam. Kacau rata

  7. 7

    Bila mendidih masukkn periuk kedalam bekas rice cooker. Tmbh baki air rebusan ayam jika perlu. Sukatan air ikut pd beras yg digunakan. Masak nasi seperti biasa.

  8. 8

    Bahan2 sambal

  9. 9

    Campurkan semua bahan dan didihkan hingga nampak pekat sdikit. Balancekan rasa ikut selera

  10. 10

    🍗untuk sup ayam masak seperti sup biasa. Kuah kicap pula ialah sup ayam yang dicampur dengan lebihan perapan ayam, kicap masin & sedikit kicap manis & didihkan sebentar. Hidangkan bsma ayam, sambal & sayuran kegemaran. Hepi meneraiiii 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen (2)

Shazwani Yusof
Shazwani Yusof @dapur_mekwanie
sis ayam tu kalau goreng biasa blh ke

Resipi Sepertinya