Sayur Keladi

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Selain masak asam pedas dengan ikan kembung atau ikan selayang..batang keladi sedap juga dibuat masak asam rebus dengan ikan bilis.Saya meratah je kalau sayur keladi ni.suka sangat.👍😋

Sayur Keladi

Selain masak asam pedas dengan ikan kembung atau ikan selayang..batang keladi sedap juga dibuat masak asam rebus dengan ikan bilis.Saya meratah je kalau sayur keladi ni.suka sangat.👍😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. 1peket batang keladi(cuci dan rebus dengan asam keping,toskan
  2. 1sdt biji lada hitam
  3. 1 ulasbawang putih
  4. 2 ulasbawang merah
  5. 1/2inci halia
  6. 1inci belacan
  7. 1gengam ikan bilis
  8. 2tgkai daun kesum
  9. 2 kepingasam keping
  10. 1 sudu tehgaram
  11. 1/2sdt serbuk perasa

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Celur atau rebus dahulu batang keladi dengan air dan asam keping.kemudian siram dengan air paip dan toskan.

  2. 2

    Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia,lada hitam dan belacan hingga halus dan lumat. Kemudian masukkan ikan bilis tumbuk kasar sahaja.

  3. 3

    Dalam periuk masukkan air,bahan yang ditumbuk dan sayur keladi.masukkan garam dan serbuk perasa.Asam keping dan daun kesum.masak hingga mendidih.

  4. 4

    Siap untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya