Asam Rebus Batang Keladi

Batang keladi yg mak mentua saya beri 3 hari lepas ada lagi.. hari tu masak untuk mak & adik yg bertandang ke rumah. Hari ni masak lagi bagi habis..saya campur dgn udang kecik yg ayah saya tangguk kat sungai depan rumahnya..menjadikan asam rebus batang keladi ini bertambah sedap lagi..
Asam Rebus Batang Keladi
Batang keladi yg mak mentua saya beri 3 hari lepas ada lagi.. hari tu masak untuk mak & adik yg bertandang ke rumah. Hari ni masak lagi bagi habis..saya campur dgn udang kecik yg ayah saya tangguk kat sungai depan rumahnya..menjadikan asam rebus batang keladi ini bertambah sedap lagi..
Cara Memasak
- 1
Potong batang keladi & siat kulit luarnya. Potong ubi keladi sekali. Rebus hingga lembut
- 2
Blend bawang2, kunyit, cili api & ikan bilis. Kemudian, campur ke dlm air
- 3
Masukkan belacan, asam gelugur. Biarkan mendidih
- 4
Campur daun kesum & udang. Biar udang setengah masak
- 5
Masukkan batang keladi & ubi keladi. Masak hingga mendidih
- 6
Hidang bersama nasi panas2..
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
👩🍳Asam Rebus Batang Keladi 👩🍳Asam Rebus Batang Keladi
Bahagian Keladi yang selalu digunakan ialah ubinya. Tetapi harus diingat, bahagian BATANG keladi jangan dibuang. Boleh masak Asam Rebus yang sangat sedap.Kredit Resipi bensafwan 🌹, kali pertama siang batang keladi siap pakai sarung tangan takut gatal tangan🤗Antara petua tak nak gatal lidah pula bila makan ialah apabila direbus, masukkan sedikit garam sehingga 3/4 masak. Baru tos air dan basuh sekali lagi sebelum dibuat resepi asam rebus keladi.Berbaloi cari batang keladi di pasar tani sebab kuahnya sangatlah sedap makan dengan nasi putih dan juga ikan masin goreng.Jom masak asam sis @RozitaKan dah kena seru🤗😍1414/2K#Pejuang2KResipi#CookEveryPart#CabaranCooksnap#TumbuhTumbuhan Mahadiah -
Asam Pedas Rebus Lada Hitam Batang Keladi & Bendi Asam Pedas Rebus Lada Hitam Batang Keladi & Bendi
423/2024 (1976/2K)MIL request nak makan keladi. Walaupun biasanya arwah mak Uchu suka masak asam pedas rebus cili merah, tapi Uchu tahu MIL lebih suka asam pedas rebus lada hitam. Alhamdulillah, bertambah MIL makan sebab kena seleranya. Sesimple Loralin -
Asam Rebus Batang Keladi Asam Rebus Batang Keladi
186/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1580 #pejuang2kresipi❤️ Golden Apron 2023 ❤️#GoldenApron23 #Week4 #TeamBatangKeladiAsam rebus batang keladi ni merupakan resipi mak hakak. Kat belakang rumah mak memang ada tanam keladi ni. Bila2 terasa nak makan just tuai je..Biasanya keladi ni setelah disiang. Mak akan rebus dan buang air rebusan keladi ni sebanyak dua kali. Setelah itu barulah digunakan batang keladi ni untuk memasak. Tujuan untuk mengelakkan miang / gatal keladi ketika dimakan. Di samping itu, kaedah ini akan mempercepatkan aktiviti memasak. Yela batang keladi dah empuk. Hanya perlu tambah je bahan masakan lain dan siap ☺️ Salina Jalaludin -
Cucur Udang Rangup 🦐 Cucur Udang Rangup 🦐
Udang kecik2 yang ayah saya tangguk kat sungai depan rumahnya masih ada lagi..jauh udang ni merantau..dari Terengganu ke Selangor 😆 Minggu lepas mak & adik datang bertandang ke rumah saya..jadi mak bawa udang yg ayah kumpul2 hasil dia tangguk kat sungai tu.. Tempoh hari dah campur dlm asam rebus keladi..hari ni saya campur dlm cucur pulak utk breakfast.. Alhamdulillah..lembut kat dalam..rangup kat luar..yg paling saya suka bila cucur jadi ni berongga di sebabkan tindakan yis 😍 Nor Al Fatihah -
Keladi Masak Pindang Keladi Masak Pindang
#goldenapron20202 hari lepas mak mentua beri keladi yg di ambilnya kat kampung di Peneng..geram tengok keladi hidup subur kat belakang rumah tok..suka jgk tengok mak, mak ngah & makcik seronok mencari hasil tanaman selepas hujan..macam2 yg di kutipnya..cili, kacang botol, pucuk ubi, pucuk kaduk & berbagai jenis ulam lagi yang saya tak pernah makan..tak lupa juga keladi ni..besar2 pokoknya..jadi semalam saya buatlah keladi masak pindang..saya gabungkan masak pindang cara Kedah & Peneng..alhamdulillah sedap..yg paling saya suka kalau ada ubi keladi sekali..sedap di makan dgn nasi panas2 cicah sambal belacan dgn ikan tebasi rebus asam goreng yg mak mentua saya beri jgk 😋😋 Nor Al Fatihah -
Asam Rebus Batang Keladi Asam Rebus Batang Keladi
#goldenapron23week4Bila dapat keladi tentu kita bayangkan asam rebus atau sayur lemak kuning.Kali ini akak masak asam rebus Ani Delighted -
Sayur Keladi Sayur Keladi
Selain masak asam pedas dengan ikan kembung atau ikan selayang..batang keladi sedap juga dibuat masak asam rebus dengan ikan bilis.Saya meratah je kalau sayur keladi ni.suka sangat.👍😋 Q'leenalee's Kitchen -
Asam pedas keladi bersama isi ikan kembung Asam pedas keladi bersama isi ikan kembung
Bukan org utara lah kalau tak pandai masak asam pedas keladi . Asam pedas utara senang aje.. cuma rebus tak perlu menumis. Bahan pun mudah sangat.Resepi ni ziana ambil dari ibu saudara ziana. Kalau beliau masak asam pedas keladi mesti akan campurkan bersama isi ikan kembung/temenung yg di perisi kasar.Memang sedap. Kalau masuk banyak isi ikan akan terasa seperti hirup kuah laksa .Jom try masak cara mcm ni pulak.#MerdekaMonth Citarasa Utara - Ikan [Week 1] Ziana Chesaad -
Gulai Daging Batang Pisang Gulai Daging Batang Pisang
Daging korban ada lagi yg mak mentua beri masa raya Aidiladha hari tu..batang pisang pun mak mentua yg beri..dia ambil di belakang rumah tok kat Pulau Pinang..macam dia tahu2 je saya teringin nak makan gulai daging campur batang pisang sebab sebelum ni saya pernah makan yg suami beli dgn kawannya..sekali rasa terus jatuh cinta.. Nor Al Fatihah -
Udang Singgang Pedas Tempoyak Udang Singgang Pedas Tempoyak
Udang kecik2 ni special pemberian daripada ayah saya juga yg dia bagi masa saya balik dari beraya minggu lepas..dia tahan bubu di sungai berhampiran rumah..kumpul2 dapat la dalam sekilo lebih.. Kalau dapat udang kecik2 macam ni memang mak saya akan masak singgang pedas campur tempoyak..sedap sangat makan cicah budu & tempoyak pedas2.. berselera & bertambah-tambah makan.. Nor Al Fatihah -
Tumis Asam Batang Keladi Tumis Asam Batang Keladi
#goldenapron #minggu11.Dulu sebelum kawen tak suka pun makan asam keladi ni. Tak tau kenapa sekarang suka pulak.Mungkin faktor usia😂. Asal balik kampung je mesti suruh mak ambilkan keladi kat tepi rumah tu. Daun kesum pon kutip je kat kg tu.Makan pon tak sedar bertambah nasi. Asz Haniey -
Asam Rebus Keladi Utara Asam Rebus Keladi Utara
249/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1644 #pejuang2kresipiNi suami hakak ler ni mengidam nak makan sangat-sangat. Non stop sebut. Jadi kugagahi juga ler buat. Ni masak from starch ni. Dari cabut keladi, siang, cuci, celur sehinggalah masak..Jika sebelum ni kebanyakkan keladi ni suami beli Ataupun mak/ mil bagi je yang dah siap siang. Tapi kali ni dah duduk kampung, survival tinggi Oo. Tu buat semua tu😂. Lama2 nanti tengok ler video Tiktok hakak macam Liziqi ler jawabnya 🤭.Masak banyak2 gini, yang dalam mangkuk tu je untuk kami suami isteri. Selebihnya bagi pada mak dan saudara mara. Alhamdulillah 😊 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)