Sup Tulang Citarasa Mummy

mummyzueralicious
mummyzueralicious @zuera_85

Sup tulang citarasa mummy nama diberi. Sebab ape? Sebab mummy masak ikut citarasa tekak sendiri😂

Resepi yang sangat mudah, rebus sahaja dan tumis darat. Siap.

Sup Tulang Citarasa Mummy

Sup tulang citarasa mummy nama diberi. Sebab ape? Sebab mummy masak ikut citarasa tekak sendiri😂

Resepi yang sangat mudah, rebus sahaja dan tumis darat. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 300 gramtulang lembu
  2. 2 literair
  3. 1bungkus sup bunjut (tulang) adabi
  4. 1biji bawang besar
  5. 5 ulasbawang putih
  6. 1inci halia
  7. 1sudu kecil garam
  8. 1/2sudu kecil serbuk perasa
  9. 1sudu kecil serbuk lada putih
  10. 5sudu minyak untuk menumis
  11. Daunsup sebagai hiasan

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus tulang sehingga dagingnya agak lembut. Kisar bawang putih, halia dan bawang besar.

  2. 2

    Masukkan kedalam periuk berisi tulang yang direbus tadi. Masukkan sekali sup bunjut dan isi di dalam bungkusannya sekali.

  3. 3

    Masak sehingga sebati dan tiada lagi rasa bawang. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih

  4. 4

    2,3 keping halia (ambil sedikit dari halia yang untuk kisar tadi) hiris nipis bersama 1biji bawang kecil dan 1 ulas bawang putih. Panaskan minyak dan tumis hingga kekuningan.

  5. 5

    Tuang kedalam periuk sup tadi dan tabur kan daun sup. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
mummyzueralicious
pada

Komen

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
sedap hirup panas supnya.. nampak sedap sgt

Resipi Sepertinya