Pajeri Nanas

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Gara-gara lama sungguh tak menjamah hidangan lauk macam ni.. makanya terbuat hari ini untuk makan malam bersama anak-anak dan suami. Buat tak banyak setengah biji sahaja.. Selalu kalau nak makan pajeri nanas merecik sedap.. kenduri kahwin di kampung-kampung mesti ada... bila makan semalam teringat terus nostalgia kenduri di kampung bestnya..
Terima kasih sis RaSidah Muhd resipi yang sedap ni, saya dah #cooksnap untuk tema 1st week pengguna resipi ada nama huruf "S", saya pilih menu sis.. dan saya ada tambah sedikit bahan lain di dalam masakan saya ni.. Alhamdulillah anak-anak pertama kali jumpa dan merasa masakan ni pun kata sedap.. dorang tak pernah makan before.. mula-mula macam pelik, tanya kenapa masak nanas ni.. bila dah rasa baru tahu hehehe.. rugi pula masak setengah biji aje..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2biji nanas - saya guna nanas madu, manis
  2. 1paket serbuk kari daging - saya bancuh dengan sedikit air
  3. 1 sudu makanudang kering **
  4. 1inci halia **
  5. 4 ulasbawang merah **
  6. 2 ulasbawang putih **
  7. 1kuntum bunga lawang
  8. 1 batangkulit kayu manis
  9. 2bunga cengkih
  10. 2biji buah pelaga
  11. 2sudu besar kerisik
  12. 1/3 cawansantan
  13. 1 sudu tehgaram halus atau secukup rasa
  14. 2 sudu tehgula merah / gula pasir atau secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Nanas dibuang kulit dan dipotong ikut selera.

  2. 2

    Bahan bertanda (**) dikisar lumat.
    Panaskan satu senduk minyak, masukkan rempah 4 sekawan (bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih), kemudian tumis bahan kisar bersama.

  3. 3

    Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan, kerisik dan sedikit air.

  4. 4

    Setelah mendidih masukkan nanas dan perasakan hingga secukup rasa. Biarkan kuah sedikit pekat tutup api, siap.

  5. 5

    Nota :
    ✅ Jika nanas yg sedikit masam boleh lumurkan dengan gula dahulu dan perap sebentar. Kemudian dicelur sekejap tos dan ketepikan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen (7)

Resipi Sepertinya