👩‍🍳Pajeri Terung Nanas🍆🍍

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Pajeri terung adalah antara menu popular di seluruh negara. Kali ini saya nak gabung terung dengan nanas dalam masakan pajeri.

Menyahut cabaran Golden Apron 23
Week 4 (31 Julai hingga 6 Ogos):
1. Daun Moringa
2. Ikan Selar Kuning
3. Batang Keladi
4. Telur Ikan
5. TERUNG

#Terung
#GoldenApron23
#Week4
#Pejuang2KResipi

1524/2K

👩‍🍳Pajeri Terung Nanas🍆🍍

Pajeri terung adalah antara menu popular di seluruh negara. Kali ini saya nak gabung terung dengan nanas dalam masakan pajeri.

Menyahut cabaran Golden Apron 23
Week 4 (31 Julai hingga 6 Ogos):
1. Daun Moringa
2. Ikan Selar Kuning
3. Batang Keladi
4. Telur Ikan
5. TERUNG

#Terung
#GoldenApron23
#Week4
#Pejuang2KResipi

1524/2K

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 1 bijiTERUNG -belah 2 dipotong 4
  2. 3 kepingnanas potong
  3. 1/2-1 kotaksantan
  4. 1 sbkerisik
  5. Air secukupnya- celur terung dan nanas
  6. Bahan Tumis:
  7. 4 bijibawang merah kecil- mayang halus
  8. 3 ulasbawang putih -mayang halus
  9. 1/2“ halia -mayang halus
  10. 1 sbrempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  11. Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  12. Sedikitpes asam jawa
  13. Minyak masak- untuk menumis
  14. secukup rasaGaram
  15. secukup rasaGula
  16. jika perluAir

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan.

    Didihkan air dalam periuk. Apabila mendidih, masukkan nanas dan terung. Rebus hingga sedikit lembut. Angkat dan tos air. Ketepikan.

  2. 2

    Panaskan minyak dan tumiskan rempah 3 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia ke dalam kuali dan goreng sehingga kuning dan wangi.

    Masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
    Kemudian, masukkan santan dan kerisik, masak sehingga menggelegak.

  3. 3

    Masukkan garam, gula dan air asam jawa

    Akhirnya masukkan terung dan nanas. Kacau dan biarkan mereneh sekejap sehingga semua bahan sebati. Tutup api. Siap.

    Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya