Masak Kicap Daging Rusa

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

279/2021/RoadTo1k/964
- Throwback Masakan Berasaskan Rusa -
Resipi ni hakak masak 2Mac yang lalu. Dah 5bulan berlalu. Ni masak Kul 1pagi ni😅. Kisahnya sebelum Asar mak call suruh balik lepas balik kerja gitu, sebab rusa yang Ayah bela dah gaduh. Anak rusa jantan yang meningkat remaja bergaduh dengan bapak rusa. Jadi untuk elak salah seekor mati ataupun pagar pecah sebab pergaduhan tu, ayah cadang nak sembelih jela. Tu mak call semua anak suruh balik🤣 . Rusa ni even Kita bela pun, sifat dia masih liar. Tak seperti lembu dan kerbau. Jenuh jugak kami nak pegang masa nak sembelih. Sembelih pula kena gelap sebab dia akan lagi agresif bila ada cahaya 😅. Last2 kami semua pegang rusa tu (termasuk hakak). Mak pegang touch light kecil hala ke tengkuk semasa nak sembelih tu. Ajer huru hara. Lagipun ni pengalaman pertama kan. Dari proses nak tangkap kena dalam gelap. Ikat dan nak tumbangkan dia memang menguji sungguh. Memang liar. Walaupun kita biasa pegang2 dan suap makan. Tapi dalam situasi cemas tu dia punya self protection memang menakutkan. Jadi proses sembelihan, melapah dan potong daging berakhir around 1pagi. Sebab dah penat, boleh pulek request nak makan nasi dan daging masak kicap rusa Yang dorg sembelih tadi. Jadi hakak sebagai satu2 kakak yang ada yang baik hati ni masak ler even kul 1pagi. Aku ni dah tak berapa larat nak buka mata dah ni. Masak campak2 dan siap. Jadi itulah kisahnya yer resipi ni 😆😆😆

Masak Kicap Daging Rusa

8 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45minit
6-8orang
  1. 2kilo daging batang pinang
  2. 10 ulasbawang merah (dihiris kasar)
  3. 5 ulasbawang putih (dihiris kasar)
  4. 2inci halia (dihiris kasar)
  5. 1 literair
  6. 1 cawankicap lemak manis Kipas Udang
  7. 3sudu besar sos cili
  8. 1biji bawang besar (dipotong bulat)
  9. 1biji cili merah (dihiris serong)
  10. 2sudu besar garam
  11. 1 sudu tehserbuk perasa

Cara Memasak

45minit
  1. 1

    Ni daging rusa. Pas sembelih terus dapat arahan terus masak tu 🤭😆

  2. 2

    Tumis sehingga naik bau bawang merah, bawang putih dan halia.

  3. 3

    Masukkan daging. Goreng sekejap. Kemudian masukkan air. Masak sehingga empuk (kadar masak daging batang pinang ni sekejap je berbanding daging bahagian lain).

  4. 4

    Masukkan kicap dan sos cili. Gaul sebati dan masak sehingga kuah pekat.

  5. 5

    Masukkan bawang besar dan cili merah. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati dan didihkan seketika. Tutup api.

  6. 6

    Sedia untuk dihidangkan (deme makan ni hampir kul 2petang). Selamat mencuba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya