Tomyam Sotong Mudah 🇹🇭

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

THAILAND: Country of the week

Sekiranya anda pernah mengunjungi restoran Thai, maka anda mungkin sudah mencuba sup khas Thai yang biasanya dikenali sebagai sup Tom Yum Goong atau Tom Yum.
Berasal dari Thailand, ini kadang-kadang dipanggil Tom Yam dan merupakan sup yang biasanya merangkumi udang dalam hidangan panas dan masam. Perkataan Tom Yam bermaksud "mendidih" atau "panas" dan "pedas dan masam" yang menggambarkan sup ini dengan sempurna.
Salah satu menu kesukaan keluarga saya. Suka hirup kuah nya panas-panas. Bulan puasa memang sibuk bagi semua mak-mak apabila dekat dengan waktu berbuka. Saya jarang beli/tempah barang makan yang siap dimasak kerana suami saya ni agak memilih. Memilih bukan kerana sedap ke tak sedap tetapi dia sejenis yang risaukan tahap kebersihan dan halal toyyiban.
(Panjang pula kalau bercakap pasal halal toyyiban ni)
Selalu nya kalau masak sayur suami suruh buat waktu yang paling hampir dengan waktu berbuka sebab dia suka sayur yang masih separuh segar (rangup). Disebabkan saya memang sibuk sangat, saya masak 1/2 jam lebih awal dari waktu berbuka. Suami pun faham isteri sibuk. Walaupun broccoli tu nampak sudah layu sewaktu berbuka, licin juga dimakan 🤭

Tomyam Sotong Mudah 🇹🇭

11 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gmsotong (dibersihkan dan ditoskan)
  2. 1paket pes tomyam
  3. 2 batangserai (diketuk)
  4. 9-11biji cili padi (diketuk)
  5. 1/2 batanglobak merah (dipotong ikut suka)
  6. 1labu bawang bombay (dipotong baji)
  7. 3 ulasbawang putih (diketuk)
  8. 1biji bawang merah (dihiris)
  9. 1 1/2mangkuk besar air
  10. 1sudu kecil garam
  11. 1sudu besar gula
  12. 1biji limau nipis (ambil jus nya)
  13. 5 helaidaun limau purut
  14. 3biji tomato
  15. 1 cawanbroccoli

Cara Memasak

  1. 1

    Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Kemudian masukkan pes tomyam, lobak merah, bawang holland, bawang putih, bawang merah, cili padi dan serai. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi.

  2. 2

    Kemudian, masukkan daun limau purut dan kacau sebati. Biarkan ia mendidih sekali lagi.
    Selepas itu masukkan sotong, broccoli dan tomato. Biarkan mendidih sekejap. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas. 

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya