Masak Lemak Gajus & Sotong

Tiga hari lepas mak saya pos buah gajus. Kalau di sebelah Terengganu saya panggil jambu golok, di Kelantan di panggil buah ketereh @ tere..di sebelah utara plk di panggil buah jangguih.. Lauk ni sudah menjadi kebiasaan saya setiap kali musim gajus & merupakan lauk tradisi orang Terengganu. Pokok gajus yg tinggal sebatang depan rumah mak saya yg sudah bongkok 4 menunggu rebah ke bumi masih lagi berbuah & memberikan hasil kpd kami.. Kalau saya tak dapat balik kampung mesti mak saya minta kakak pos.. Kalau ikutkan resepi mak saya ini menggunakan gajus yg separuh masak..tapi di sebabkan 2 hari perjalanan dari Terengganu nak sampai ke Klang jadi gajus dah masak dulu..jadi saya guna je la gajus tu masak semalam..bukan senang nak dapat ni tau..setahun sekali je.. biasanya musim dia antara bulan 5 & 6 saja.. Masak lemak ni sangat sedap di campur dgn sotong. Lebih sedap buat pekat2 letak ikan banyak2..makan dengan nasi & ikan goreng panas2..cicah pulak dgn sambal belacan..berselera & bertambah-tambah makan 😋😋👍👍
Masak Lemak Gajus & Sotong
Tiga hari lepas mak saya pos buah gajus. Kalau di sebelah Terengganu saya panggil jambu golok, di Kelantan di panggil buah ketereh @ tere..di sebelah utara plk di panggil buah jangguih.. Lauk ni sudah menjadi kebiasaan saya setiap kali musim gajus & merupakan lauk tradisi orang Terengganu. Pokok gajus yg tinggal sebatang depan rumah mak saya yg sudah bongkok 4 menunggu rebah ke bumi masih lagi berbuah & memberikan hasil kpd kami.. Kalau saya tak dapat balik kampung mesti mak saya minta kakak pos.. Kalau ikutkan resepi mak saya ini menggunakan gajus yg separuh masak..tapi di sebabkan 2 hari perjalanan dari Terengganu nak sampai ke Klang jadi gajus dah masak dulu..jadi saya guna je la gajus tu masak semalam..bukan senang nak dapat ni tau..setahun sekali je.. biasanya musim dia antara bulan 5 & 6 saja.. Masak lemak ni sangat sedap di campur dgn sotong. Lebih sedap buat pekat2 letak ikan banyak2..makan dengan nasi & ikan goreng panas2..cicah pulak dgn sambal belacan..berselera & bertambah-tambah makan 😋😋👍👍
Cara Memasak
- 1
Rebus ikan selayang/sardin dgn 2 keping asam gelugur. Kemudian, tumbuk halus
- 2
Gajus di cincang & perah sedikit airnya
- 3
Panaskan santan bersama air & masukkan ikan. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah
- 4
Setelah mendidih, masukkan sotong, bawang, cili merah, garam & gula. Kacau hingga sotong separuh masak
- 5
Akhir sekali, masukkan gajus. Kacau 2-3 minit & tutup api
- 6
Sedia di hidangkan panas2 makan dgn nasi & ikan goreng.. cicah sambal belacan 😋😋👍👍
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Umbut Kelapa Masak Lemak Kuning Umbut Kelapa Masak Lemak Kuning
Umbut kelapa ni mak mentua saya yg beri. Suka sangat sebab dah lama tak makan.. Saya buat masak lemak kuning versi Terengganu di mana ikan selayang/sardin rebus di campur ke dlm masak lemak ni membuatkan ia lebih sedap & kuah jadi pekat.. Nor Al Fatihah -
Sayur Kolok Terengganu Sayur Kolok Terengganu
Lauk popular Terengganu yang menggunakan buah jambu golok/ gajus, ikan dan sotong.#goldenapron2020 Juanita -
Labu Air & Udang Masak Lemak Putih Labu Air & Udang Masak Lemak Putih
#GoldenApron23Lauk lunch saya hari ni, labu air & udang masak lemak putih. Sedap di makan bersama nasi panas2 bersama sambal belacan.. bertambah2 makan.. Nor Al Fatihah -
Sayur Lemak Telur Tebu Sayur Lemak Telur Tebu
Telur tebu ni mak saya yang beri sewaktu balik kampung minggu lepas yg mak ayah tanam sendiri pokoknya. Kebetulan saya balik pokoknya bertelur 8 biji. Pokok tebu telur ni memang jarang orang tanam & jual telurnya. Pokoknya lebih kecik daripada pokok tebu gula yg orang perah buat air tu. Selalunya saya buat masak lemak versi Terengganu ikut resepi mak yg di campur dengan sayur2 & ikan rebus. Rasa telur tebu ni macam bunga kobis..rupa & tekstur dia macam telur ikan..lembut je..sedap di makan bersama nasi & ikan goreng panas2, cicah dengan sambal belacan @ budu.. bertambah2 makan nasi.. Nor Al Fatihah -
Jambu Golok & Sotong Masak Lemak (Terengganu) Jambu Golok & Sotong Masak Lemak (Terengganu)
#unique2u 2022Ingat tak lagi teka-teki popular zaman kanak2. Buah apa biji diluar? 😄 Jambu golok a.k.a gajus/ketereh/cashew di sini, jambu monyet jika di Indonesia.Menu persisiran pantai, Pantai Timur. Selain pokok rhu, pokok gajus juga selalu tumbuh di tepi kawasan pantai..Apabila musim sotong dan musim buah gajus tiba pada musim yang sama, ini adalah antara kreativiti masakan penduduk petempatan jajaran pantai sejak dulu lagi. Gabungan yang unik, sotong di laut..jambu golok di darat..dalam periuk, bertemu jua…Pertama kali masak sendiri,sebelum ni pernah makan pemberian orang lain. Uchu pun tak tahu sangat cara nak proses buah gajus untuk dijadikan sayur, maka Uchu cooksnap @cikmek_molek71 . Memang macam2 ada kat cookpad ni. Rugi sape tak install apps ni. 👍TM6 Thermomix 6 Sesimple Loralin -
Lobak Putih Masak Lemak Kuning Lobak Putih Masak Lemak Kuning
#GoldenApron23Asyik masak lemak putih je..kali ni try masak lemak kuning yg menggunakan kunyit pulak..eh2 lagi sedap rupanya 😄 Masak lemak kuning ni versi Terengganu resepi mak saya yg biasanya letak sayur seperti pucuk paku, timun atau umbuk kelapa..tapi saya ubah letak lobak putih pulak..memang sedap..saya siap meratah lobak tu.. Nor Al Fatihah -
Masak Lemak Tauge Masak Lemak Tauge
Masak lemak tauge ni kegemaran suami saya. Lauk gandingannya mestilah ikan cencaru sumbat belakang bersama sambal belacan. Saya masak semalam lauk ni..berselera tengok suami makan bertambah2 nasi Nor Al Fatihah -
Laksa Lemak Terengganu Laksa Lemak Terengganu
#goldenapron2020Laksa lemak ni yg berasal dari negeri kelahiran saya Terengganu adalah kejadian semalam saya buat..jemu makan nasi hari2..sekali-sekala apa salahnya beralih selera kan..saya buat utk sarapan sampai ke petang..alhamdulillah habis licin..suami & anak2 saya suka makan..tapi kalau diikutkan..saya lebih suka laksa gandum yg kuning tu @ pun org Terengganu panggil laksa lidi. Tapi di sebabkan laksa tu dah habis stok..saya buat laksa beras ni je..pemberian drp mak saya..memang dia beri kpd saya utk buat stok..maklum la..bukannya selalu dpt balik kampung..saya suka mkn laksa ni gaul & suap dgn tangan saja..tak perlu guna sudu atau garfu..tu cara kebanyakan org Terengganu..hehe..baru la kaw kaw mkn..betul2 rasa air tangan sendiri..dengan kuahnya pekat2..di tambah pula dgn cili kering blend sebagai sambal & belacan tu..perghhh👍👍 Nor Al Fatihah -
Sayur Meranti Masak Lemak Sayur Meranti Masak Lemak
Dua hari lepas, suami beli sayur meranti kat pasar malam...Sebenarnya dia keliru, ingatkan tu pucuk manis..hahaa..sebab dia cakap nak seakan sama daunnya.. Dia beli labu sekali..jadi saya buat la masak lemak. Sebenarnya sebelum ni saya tak reti makan pun sayur meranti ni..kalau tengok kat kedai tak teringin nak beli pun..namanya pun saya tak tahu..😅 Mulanya, mak mentua saya la datang rumah 2-3 tahun lepas..masa tu dia nak ikut sekali pergi kedai beli sayur & ikan...dia beli sayur ni. Oleh kerana ikan baru tak sampai lagi, mak saya ajak duduk perisi sayur dulu kat kedai tu..hahaa..kenangan betul..tak pernah di buat orang perisi sayur kat kedai..tapi mak mentua saya selamba je dia 😆 Sambil2 tu, mak mentua saya beritau la nama sayur tu sayur meranti..sedap buat masak lemak..ni kali ke 2 la saya makan..saya & suami je pun makan, anak2 tak reti makan.. Nor Al Fatihah -
Singgang Pedas Kerisi Tempoyak Singgang Pedas Kerisi Tempoyak
Dah lama tak masak singgang pedas kerisi tempoyak resepi mak saya ni.. Beberapa hari lepas, mak saya pos tempoyak dari Terengganu, jadi apalagi.. terus la masak lauk febret saya ni..cicah dgn budu campur tempoyak..perghh bertambah-tambah nasi saya makan 😋 tak payah lauk lain dah.. Nor Al Fatihah -
Labu Siam Masak Lemak Putih Labu Siam Masak Lemak Putih
#GoldenApron23First time makan labu Siam ni..selalunya nampak jeling2 je kat kedai..tak tahu pun namanya..hihii.. Bila Cookpad bagi challenge masak labu Siam, jadi nak try masak..saya buat masak lemak putih.. Ok sedap rasanya..macam labu air tapi bezanya labu Siam bijinya hanya sebiji, manakala labu air banyak bijinya..labu Siam ni jugak banyak getahnya berbanding labu air sampai melekat kat jari 😅 jadi saya rendam dgn air garam utk hilangkan getahnya.. Nor Al Fatihah -
Kerabu buah gajus @ ketereh Kerabu buah gajus @ ketereh
#tahunbaharubahanbaharuBalik kampung beli buah gajus di pasar , bukan senang nak dapat buah ni. ArwahMak ada masak, tapi masa tu tak minat. Ini lah kali pertama masak kerabu buah gajus. Bagi yang belum mencuba sedap rasanya, apa lagi kalau buah yang segar dan masak.Menu biasanya sayur lemak putih, kerabu dan mungkin ada lagi menu yang bersesuaian yang saya terlepas pandang. Sama sama kita cuba ya. Ani Delighted
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)