👩‍🍳Sup Tofu Telur 🇨🇳

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Tofu (tauhu) telur mempunyai tekstur yang lembik dan lembut. Ada yang suka merebusnya terus dan ada yang suka menggorengnya dahulu.
Berbagai cara memasak tofu telur tetapi saya lebih suka masak sup.
Sup tauhu telur sesuai dicampur dengan beberapa sayur seperti karot, pakchoy dan sawi.
Sup ini sesuai untuk orang yang ingin berdiet kerana ia tidak berlemak dan berkhasiat.

#cppassport

👩‍🍳Sup Tofu Telur 🇨🇳

Tofu (tauhu) telur mempunyai tekstur yang lembik dan lembut. Ada yang suka merebusnya terus dan ada yang suka menggorengnya dahulu.
Berbagai cara memasak tofu telur tetapi saya lebih suka masak sup.
Sup tauhu telur sesuai dicampur dengan beberapa sayur seperti karot, pakchoy dan sawi.
Sup ini sesuai untuk orang yang ingin berdiet kerana ia tidak berlemak dan berkhasiat.

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3 orang
  1. 2tiub tofu telur- potong bulat
  2. 4Filamen ketam- potong 6
  3. 4 ulasbawang putih (cincang)
  4. 2tangkai daun bawang -hiris
  5. 4cili padi (cili merah jika tidak suka pedas)
  6. 1karot (hiris halus memanjang)
  7. 1Stok ayam
  8. 1/2st serbuk lada hitam
  9. 5ekor udang- buang kepala
  10. 1biji telur- pukul dengan garfu
  11. 2-3 cawanAir
  12. 1/2sb tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  13. 1sb sos tiram
  14. Garam secukup rasa
  15. Minyak masak

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Panaskan minyak; Bila betul2 panas, goreng tofu telur kedua belah sehingga masak; tos minyak, ketepikan.

    Gunakan minyak menggoreng tofu telur tadi (keluarkan minyak dari kuali jika minyak banyak; perlu guna 1 sb minyak sahaja) ; Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan udang dan serbuk lada hitam.

  2. 2

    Bila udang kemerahan; Tambah air, sos tiram ;Masukkan karot,cili,filamen ketam dan stok ayam.
    Masak hingga mendidih.

    Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup, tuang bancuhan tepung jagung. Jangan sampai bergentel.

    Masukkan tauhu yang sudah digoreng

  3. 3

    Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (jangan tuang setempat).
    Biarkan dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau perlahan2.
    Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.

    Tabur daun bawang. Siap untuk dihidang panas-panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen (5)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Sedapnya kak D sup tofu telur ni..
#love
(diedit)

Resipi Sepertinya