Gulai Daging Terengganu

Alhamdulillah dapat rasa daging korban hari ke-3 raya..saya masak gulai versi negeri kelahiran saya Terengganu..wajib letak rempah gulai & rempah masak cap Rose..ia merupakan rempah yg istimewa menyedapkan gulai & biasanya banyak terdapat di Terengganu. Memandangkan ia mendapat sambutan ramai..sekarang dah ada terjual di luar negeri Terengganu. Bila masak gulai ni mesti teringat kat mak..kalau saya balik ke Terengganu nak balik ke Klang semula, mesti mak akan bekalkan nasi minyak & gulai daging ni..gulai mak tetap yg terrbaaiikk.. Kpd Lailer boleh la try masak gulai daging ni utk memikat hati & menambahkan lagi ikatan cinta & kasih sayang dengan Jekfer 😍
Gulai Daging Terengganu
Alhamdulillah dapat rasa daging korban hari ke-3 raya..saya masak gulai versi negeri kelahiran saya Terengganu..wajib letak rempah gulai & rempah masak cap Rose..ia merupakan rempah yg istimewa menyedapkan gulai & biasanya banyak terdapat di Terengganu. Memandangkan ia mendapat sambutan ramai..sekarang dah ada terjual di luar negeri Terengganu. Bila masak gulai ni mesti teringat kat mak..kalau saya balik ke Terengganu nak balik ke Klang semula, mesti mak akan bekalkan nasi minyak & gulai daging ni..gulai mak tetap yg terrbaaiikk.. Kpd Lailer boleh la try masak gulai daging ni utk memikat hati & menambahkan lagi ikatan cinta & kasih sayang dengan Jekfer 😍
Cara Memasak
- 1
Potong daging kecil2 & basuh bersih
- 2
Satukan daging, rempah gulai & rempah masak ke dlm pressure cooker. Rebus/press selama 30 minit
- 3
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & kunyit hingga halus. Kemudian campur dgn cili kering blend
- 4
Tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang & pelaga) & bahan2 tumbuk serta cili kering blend tadi. Kacau hingga cili masak sedikit
- 5
Masukkan rempah gulai, rempah masak & kerisik yg di bancuh dgn sedikit air.
- 6
Campur pes asam jawa & sedikit air. Tumis hingga pecah minyak
- 7
Masukkan santan & air. Kacau rata
- 8
Masukkan daging, gula melaka, gula pasir & garam
- 9
Akhir sekali, masukkan kentang. Kacau hingga daging & kentang empuk & mendidih
- 10
Sedia di hidangkan bersama nasi panas2 😋
Resipi Sepertinya
-
Gulai Ikan Siakap Merah Versi Terengganu Gulai Ikan Siakap Merah Versi Terengganu
#goldenapron2020Suami dapat ikan lagi hasil daripada memancing tempoh hari..suka & puas hati la dia sebab teringin sgt nak dapat ikan siakap merah @ ikan kaci..jadi suami minta saya masakkan gulai kuning versi Terengganu ni..letak kepala ikan saja & buat pekat2 katanya..Gulai ni lain daripada gulai lain sebab saya menggunakan rempah2 yg berasal daripada Terengganu..iaitu Rempah Gulai Cap Bunga Rose & Rempah Masak Cap Bunga Rose..ia menyedapkan lagi gulai kita..kalau balik Terengganu mak saya mesti beri kpd saya beberapa paket besar utk di buat stok kat rumah..al-maklum la..kat tempat lain susah nak dapat rempah2 ni.. Nor Al Fatihah -
Nasi Minyak & Gulai Daging Terengganu Nasi Minyak & Gulai Daging Terengganu
Setiap kali hari last saya kat kampung, mak mesti buat nasi minyak & gulai daging untuk saya bawa bekal dlm perjalanan. Dan saya mesti tolong mak masak, bangun awal pukul 2-3 pagi.. Hari ni teringin lagi nak makan sebab nasi minyak mak buat sedap sangat.. Daging batang pinang ni pun yg mak saya jugak beri..hihii..letak dlm icebox sepanjang perjalanan dari Terengganu sampai ke Klang.. Saya ikut betul2 resepi mak saya. Gulai daging ni menggunakan rempah gulai & rempah masak istimewa di mana rempahnya banyak terdapat di Terengganu..tapi sekarang mungkin permintaan tinggi..ianya boleh di dapati di Shopee & di kedai2 tertentu. Alhamdulillah..anak2 puji sedap saya buat..bertambah2 diorang makan nasi 😍 Nor Al Fatihah -
Gulai Ayam Versi Terengganu Gulai Ayam Versi Terengganu
#goldenapron2020 #week8 Gulai ayam versi Terengganu yg merupakan negeri kelahiran saya biasanya menggunakan rempah tersendiri iaitu rempah gulai & rempah masak cap bunga rose. Pada asalnya ia hanya boleh di dapati di Terengganu saja, tapi memandangkan sekarang ada permintaan, jadi ianya di jual di sesetengah tempat di luar Terengganu, memudahkan utk sesiapa yg ingin mencuba resepi gulai ayam versi Terengganu ini. Gulai ini juga boleh di gantikan dgn ayam kampung & daging, tapi ianya perlu di matikan air terlebih dulu, iaitu merebus ayam & daging bersama sedikit rempah gulai & rempah masak hingga empuk. Setiap kali saya buat gulai ayam ini, anak2 saya pasti berselera makan. Saya suka buat kuahnya sedikit pekat..sesuai di makan bersama nasi minyak @ nasi putih biasa..cicah dgn roti/roti jala pun sedapp👍😋 Nor Al Fatihah -
Gulai Khemok Daging Gulai Khemok Daging
Gulai Khemok ni.. Kalau nak gantikan dengan ayam pun boleh..dengan daging kambing.. Kerbau ke.. Pun boleh..Gulai Khemok nampak seakan gulai kawah.. Rasa nya pun lebih kurang. Tapi untuk sebelah Terengganu.. Gulai ni menggunakan rempah yang khas yang kebiasaannya di jual di pasar payang.. Sebut saja nak gulai Khemok.. Penjual dah tahu dah..Kalau tak ada rempah tu.. Boleh pakai rempah cap bunga rose.. Rempah plak wajib ada rempah gulai dan rempah masak..Ianya memberikan rasa dan warna yang berbeza.. FZ Adzlin -
Gulai Ayam Terengganu Gulai Ayam Terengganu
Kali ni buat gulai ayam terengganu.. Lawan dengan nasi hujan panas..Rempah yang digunakan tentunya rempah gulai dan rempah masak cap bunga rose..Rempah ² ni tidak asing lagi bagi warga pantai timur terutama Terengganu..Rempah yang sama jugak di gunakan bagi menghasilkan gulai ikan tongkol untuk nasi dagang.. FZ Adzlin -
Gulai Telur Itik Gulai Telur Itik
Telur itik ni pemberian drp mak saya masa balik kampung minggu lepas.. Alhamdulillah dapat jugak rasa sebab cari kat sini tak jumpa telur itik, masa tu teringin sangat nak makan.. Gulai ni versi Terengganu iaitu resepi mak saya.. Nor Al Fatihah -
Gulai Telur Itik Rebus & Rebung Gulai Telur Itik Rebus & Rebung
#goldenapron#bonustelurrebusBila Minsha up last cabaran golden apron tema telur rebus, terus teruja nak join sebab kebetulan semalam memang rancang nak masak gulai telur itik hari ni pemberian drp mak saya sewaktu saya balik kampung minggu lepas..Dah selalu org buat masak lemak cili api..kali ni saya buat kelainan masak gulai pula dgn menggunakan rempah gulai dari tempat kelahiran saya, Terengganu. Di campur dgn rebung menjadikan gulai telur itik ini bertambah menyelerakan.. Nor Al Fatihah -
Gulai Umbut Nibong Gulai Umbut Nibong
Masak minggu lepas dah..baru hari ni teringat share kat sini 😅 ternampak masa belek2 gamba kat galeri hphone tadi 😆 Umbut nibong ni mak saya yg post jauh dari Terengganu.. Ayah tolong cari kat dalam hutan berhampiran rumah mak & ayah.. Saya tak mintak..mak saya yg selalu teringat kat anak2nya yg jauh di perantauan..kalau ada musim buah pun mak mesti nak post seperti buah mempelam, gajus, sentol dan lain2.. Selalunya umbut nibong ni mak saya masak campur dalam bubur lambok..tapi saya masak gulai saja ikut resepi mak jgk.. Nor Al Fatihah -
Gulai Terung 🍆 Gulai Terung 🍆
Dah buntu nak masak lauk apa..tiba2 mata ternampak terung kat kedai..eh dah lama tak masak gulai terung..jadi terus la beli..settle satu resepi untuk cabaran Cookpad "Masak Apa Purple" 💜 Walaupun warna terung berubah warna lepas masak..janji guna bahan yg warna purple sebab terung kan warna purple 😉 Nor Al Fatihah -
Gulai Itik Salai ala Terengganu Gulai Itik Salai ala Terengganu
#goldenapron2020#cookpadMalaysiaBiasa masak gulai ayam kampung je. Ni saje try itik salai pulak. Nak tengok camane rasa. Biasa itik salai masak lemak cili api. Hihi...mencuba tak salah kan.Bila dah rasa, alhamdulillah. Not bad. Makan pulak dengan nasi hujan panas. Memang sesuai sangat. Rasa macam hari raya pulak.Nak masak gulai ala Terengganu semestinya guna rempah cap bunga ros. Xguna rempah kari. Orang Terengganu pasti kenal rempah cap bunga ros ni. Ros LieZa -
Gulai Daging Terengganu Gulai Daging Terengganu
Gulai ini biasanya digandingkan bersama nasi minyak hujan panas. Selalu didapati di majlis kenduri dan keraian di kampung saya, Terengganu.#globalapron2024#challenge15#hometownfaveDaging (3point)Santan(1point)Asam jawa(1point) Hayati Hamdan -
Ayam Percik Terengganu Ayam Percik Terengganu
Ayam Percik versi negeri kelahiran saya, Terengganu yg merupakan resepi mak saya..lama sangat tak masak ayam percik ni..tetiba rindu & teringin nak makan. Ia di panggil ayam percik kerana ayam yg di bakar akan di percik dgn kuahnya menggunakan serai yg mewangikan lagi ayam percik ni..semerbak bau satu rumah.. suami & anak2 siap bertambah-tambah makan nasi 😋😋 Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)
#Umie_Kelate🥰
#Spread_the_luv💌